MIMBAR – Perisian Pengurusan Pelanggan (Jemaah) Yang Berkesan

0
328

Siri  #1 Pengenalan MIMBAR

PENGENALAN

MIMBAR – Adalah Perisian sebagai Perkhidmatan (Software As A Service – SaaS) iaitu perisian berasaskan teknologi awan (Cloud). MIMBAR dihasilkan berdasarkan proses dan aliran kerja beberapa web portal yang telah dibangunkan dan digunapakai oleh pihak IslamicSG Networks (ISGN) selama lebih 10 tahun.

Berbekalkan pengalaman membangunkan Web Portal tersebut, ISGN  telah mengorak langkah membangunkan Perisian SaaS yang diberi nama MIMBAR, sebuah perisian ditujukan kepada pelbagai jenis organisasi untuk menguruskan maklumat & transaksi yang berhubungkait dengan pelanggan (Jemaah).

OBJEKTIF MIMBAR

MIMBAR di bangunkan untuk pencapaian berikut:

  • Menyediakan kemudahan capaian dan pengurusan kepada  pelbagai organisasi untuk menguruskan maklumat pelanggan (Jemaah) dengan lebih cekap dan mudah.
  • Memudahkan pengurusan maklumat program, aktiviti, acara dan fasiliti
  • Memudahkan pengurusan maklumat perkhidmatan yang tawarkan oleh pihak organisasi
  • Mengautomasikan proses dan transaksi pendaftaran dan pembayaran program, perkhidmatan dan kutipan sumbangan yang dijalankan oleh pihak organisasi
  • Kebolehan integrasi dengan perisian sedia ada seperti perisian perakaunan dan kewangan

MIMBAR – Software as a Service (SaaS)

MIMBAR merupakan satu perisian yang di tujukan kepada pengurusan maklumat dan transaksi pelanggan. Organisasi boleh mengunakan MIMBAR untuk mengurus maklumat transakti, aktiviti, program dan perkhidmatan pelanggan (Jemaah). Capaian maklumat pelanggan akan menjadi lebih mudah mengunakan perisian MIMBAR.

Perisian MIMBAR adalah berasaskan cloud (awan) , justeru pengunaan perisian adalah melalui internet. Ianya adalah sejenis perisian sebagai perkhidmatan ( Software as a Service),  di mana penguna MIMBAR hanya perlu mendaftar dan mempunyai akaun dengan ISGN Ventures untuk menguna pakai perisian ini.

Layari www.mimbar.my

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here