MIMBAR – Modul Utama

0
217

#Siri Pengenalan MIMBAR

MIMBAR – MODUL YANG TERSEDIA

MIMBAR dibagunkan sebagai sebuah perisian adalah perkhidmatan (Software as a Service) akan mempunyai pelbagai modul yang di sasarkan kepada Sistem Pengurusan Pelanggan (Jemaah). Buat permulaan perisian MIMBAR mempunyai modul berikut:

EVENTS
Modul Events (Acara) boleh menghasilkan laman web pelbagai acara, program & aktiviti seperti kuliah, ceramah, seminar, kelas pengajian dan lain-lain. Laman web terhasil boleh memaparkan maklumat Acara, pendaftaran, RSVP dan jualan tiket.

KHIDMAH (SERVICE)
Modul Khidmah boleh menghasilkan laman web pelbagai jenis khidmah seperti khidmah Korban, Akikah, Nikah Kahwin, Pengurusan Jenazah dan seumpamanya. Laman web yang dihasilkan memaparkan maklumat dan tempahan khidmah.

INFAQ (CROWDFUNDING)
Modul Infaq adalah modul untuk mengurus kutipan sumbangan dari orang ramai. Laman web memaparkan maklumat kempen rayuan sumbangan (Infaq) dan sumbangan online boleh di hasilkan mengunakan modul ini.

FASILITI
Modul Fasiliti digunakan untuk mengurus sistem tempahan ruang atau fasiliti seperti dewan, bilik seminar yang dimiliki oleh organisasi.

JEMAAH (Pelanggan)
Modul Jemaah merekodkan maklumat transaksi pedaftaran, sumbangan & tempahan pelanggan (Jemaah) sama ada semasa atau yang lepas yang pernah di buat.

TEMPAHAN (ORDER)
Modul Pengurusan Tempahan merekodkan semua transaksi dan status tempahan dari permulaan sehinggalah ke tempahan telah dipenuhi dan selesai.

Layari: www.mimbar.my

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here