Close
- Maghrib Ishak
Submit Information
Waktu Solat: Kuala Lumpur, Putrajaya - | Subuh | Syuruk | Zuhur | Asr | Maghrib | Ishak
Follow Updates Organisation

Pendidikan Ikram Musleh Bhd (Ikram Musleh)

Tel: 03-89442448Fax: 03-89441448http://www.musleh.edu.my
Ibu Pejabat MUSLEH
9, Jalan Dgang SB 4/1,
Taman Sg. Besi Indah Seri Kembangan Selangor 43300 Malaysia

Pendidikan Ikram Musleh Bhd (Ikram Musleh) dengan nama ringkasnya IKRAM MUSLEH adalah sebuah syarikat berhad menurut jaminan yang tidak mensasarkan keuntungan dalam usaha-usaha yang dipelopori olehnya. Ia ditubuhkan pada 4 Mei 2000 dan didaftarkan di bawah Pendaftaran Syarikat dengan nombor pendaftaran 513402-W.

IKRAM MUSLEH menjalankan usaha-usaha untuk mengarusperdanakan pendidikan Islam melalui pendekatan berkualiti dan global. Di antara tindakan yang telah diambilnya ialah memurnikan kurikulum pendidikan Islam dengan menggabungkan metodologi pendidikan tradisional serta unjuran cabaran masa depan berdasarkan prinsip-prinsip Islam yang universal.

Sukatan pelajaran dan latihan diperkayakan dengan sistem penyampaian dan pedagogi terkini. Ia dipantau dan dicerap secara profesional untuk memastikan keseragaman dan berkualiti.

IKRAM MUSLEH menyediakan Sistem Pentaksiran Pelajar IKRAM MUSLEH (SPPM) yang menggabungkan penilaian holistik dan berterusan. Syahadah SPPM dianugerahkan kepada pelajar-pelajar yang berjaya dalam pendidikan mereka di Sekolah Rendah Islam (SRI) dan Sekolah Menengah Islam (SMI).

MUSLEH juga menjalankan kursus dan latihan berterusan kepada para pendidik SRI dan SMI. Setelah tamat, mereka diberi Syahadah Perguruan SRI-SMI (SP SRI-SMI). Ini adalah untuk memastikan bahawa para pendidik merupakan pendidik dan murobbi yang dihormati, disayangi serta berkesan dalam menjalankan tanggungjawab.

Sokongan dan sambutan dari masyarakat amat dialu-alukan bagi menjayakan sistem pendidikan Islam. Moga-moga Allah swt merahmati kita semua dengan hidayah dan taufiq-NYA – amiin

Follow Pendidikan Ikram Musleh Bhd (Ikram Musleh) on Facebook

Location

Ibu Pejabat MUSLEH

Ibu Pejabat 9, Jalan Dgang SB 4/1, Taman Sg. Besi Indah Seri Kembangan, Selangor 43300 Malaysia

Other Organisations to Follow