Close
- Maghrib Ishak
Submit Information
Waktu Solat: Kuala Lumpur, Putrajaya - | Subuh | Syuruk | Zuhur | Asr | Maghrib | Ishak
Followers: 1
Follow Updates Organisation

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

Tel: +603-8945 6999Fax: +603-8945 1772Email: info@ikram.org.mywww.ikram.org.my
Pengenalan

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam.

Misi

* Melaksanakan dakwah dalam usaha meyakinkan masyarakat bahawa Islam adalah satu-satunya sistem hidup yang mampu menyelesaikan semua permasalahan;
* Berjuang membangunkan sebuah masyarakat maju berasaskan manhaj taghyir yang tepat, tasawur Islam yang syumul dan tarbiah yang mantap dengan memanfaatkan teknologi dan amalan terbaik pengurusan;
* Membina kekuatan umat dengan membudayakan pendekatan perkongsian dan permuafakatan.

Matlamat

* Menyebarkan risalah Islam melalui dakwah serta mempertahankannya daripada kebatilan dan syubahat;
* Mengumpulkan hati dan jiwa individu Muslim di atas dasar Islam dan membina akhlak yang mulia;
* Meninggikan taraf sosioekonomi umat Islam;
* Memupuk keadilan masyarakat dan kesejahteraan sosial serta membanteras kejahilan, kemiskinan dan keruntuhan moral di samping menggalakkan kerja kebajikan tanpa mengira bangsa dan agama;
* Memperjuangkan hak umat Islam dan berusaha meningkatkan kesatuan dan perpaduan dalam kalangan mereka;
* Menegakkan syariat Islam secara praktikal;
* Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan mana-mana pihak dalam memajukan kepentingan umat Islam;
* Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang mempunyai objektif yang selari bagi memajukan kepentingan Islam, umat Islam dan masyarakat.

Follow Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) on Facebook

Location

Pertubuhan IKRAM Malaysia (HQ)

No. 9, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA