Close
- Maghrib Ishak
Submit Information
Waktu Solat: Kuala Lumpur, Putrajaya - | Subuh | Syuruk | Zuhur | Asr | Maghrib | Ishak
Followers: 1
Follow Updates Organisation

Aqsa Syarif Bhd

Tel: +603-8733 4636Fax: +603-8734 9636Email: admin@aqsasyarif.org.mywww.aqsasyarif.org.my
Pengenalan / Sejarah

Tanggal 15 Mei 1948 merupakan peristiwa hitam bagi rakyat Palestin dan umat manusia amnya kerana pada tarikh ini, dengan rasminya tertubuh Negara Haram Israel. Peristiwa ini dikenali sebagai Nakhbah Palestin yang merujuk kepada penubuhan negara haram Israel. Nakhbah sendiri bermaksud “malapetaka atau bencana besar”. Peristiwa ini bermula dengan terlaksanaya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Zionis ke atas tanah dan penduduk asal negara Palestin secara sistematik dengan bantuan PBB dan British.

AQSA SYARIF

Ditubuhkan dan diluluskan pendaftarannya di Malaysia pada 4 Februari 2010 sebagai suatu organisasi yang berprofil sukarela di atas dasar kemanusiaan. Aqsa Syarif (singkatan: AQSA) memberi maksud “Masjid Yang Dimuliakan”. Aqsa Syarif mempunyai empat misi iaitu Penyebaran Maklumat, Bantuan Kemanusiaan, Bantuan Kewangan dan Kerjasama. Dianggotai oleh lapan orang ahli lembaga dari berbagai latar belakang pendidikan dan kerjaya dan menjadi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kelima bernaung di bawah Pertubuhan IKRAM Malaysia. Berganding bahu menyumbang tanaga dan fikiran untuk kebaikan Palestin dan dunia secara amnya. Aqsa Syarif mengharap dorongan dan sokongan dari para sukarelawan dan seluruh rakyat Malaysia.

VISI

Menjadi peneraju dalam memperkukuhkan perjuangan membebaskan Al-Aqsa dan Palestin

MISI

Mengembling sumber kewangan dan pelbagai kepakaran masyarakat Malaysia bagi mencapai hasrat mengembalikan hak rakyat Palestin dan Ummah

MOTTO

Memperkasa Ummah – Membebaskan Al-Aqsa

OBJEKTIF

Menyebar dan menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat Malaysia tentang isu Masjid Al-Aqsa dan Palestin serta hak-hak mereka.
Memberi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.
Memberi bantuan kewangan secara berterusan.
Membina jaringan kerjasama dengan pelbagai organisasi yang berkaitan dengan Palestin di dalam dan di luar negara.

Address

No 18, Jalan Damai Mewah 2
Taman Damai Mewah
Kajang
Selangor Darul Ehsan
43000
Malaysia

Follow Aqsa Syarif Bhd on Facebook

Location

Aqsa Syarif HQ

No 18, Jalan Damai Mewah 2 Taman Damai Mewah Kajang Selangor Darul Ehsan 43000 Malaysia

Other Organisations to Follow