Close
LoginRegister
Submit Information
Waktu Solat: Kuala Lumpur 17 Disember 2017 - 28 RabiulAwwal 1439 | Subuh 5:50 | Syuruk 7:10 | Zuhur 13:12 | Asr 16:35 | Maghrib 19:08 | Ishak 20:23
Views: 907

PAKEJ DJ MAJLIS - DJ ISLAMIK

Ends: December 31, 2015

Package Details

SERVIS KAMI

Kami penyedia DJ untuk Majlis Walimatul urus.

Bermula dengan nama syarikat induk Alunan Firdausi Entertainment pada tahun 2010 sebelum bertukar ke nama DJISLAMIK.COM pada tahun 2014. Kami berusaha keras untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan kami. DJISLAMIK.COM telahpun menyantuni hampir 150 majlis perkahwinan @ walimatul urus setahun sejak 2010.

Hasrat kami adalah apabila pelanggan mendapat perkhidmatan bukan sahaja penuh dengan keberkatan tetapi dengan tahap kualiti bunyi yang bagus.

KONSEP DJISLAMIK

Sedar atau pun tidak, setiap majlis perkahwinan atau walimatul urus TIDAK akan lengkap tanpa serba sedikit hiburan.

Dan Alhamdulillah, sudah pastilah ibu dan ayah mahupun pengantin sendiri, menginginkan bukan sahaja majlis yang ceria menghiburkan bahkan ruhiyah atau keberkatan majlis mereka merupakan aspek penting.

Pemilihan DJ Islamik sudah tentu akan memberikan suasana hiburan islami yang anda hendakkan insyaAllah

OBJEKTIF

Sebagai alternatif hiburan berbentuk Islami kepada majlis-majlis pelanggan kami
Peluang untuk menyampaikan seruan dakwah yang ringan dan santai kepada masyarakat
Menonjolkan aspek keceriaan dan kegembiraan dalam Islam
Sebaik mungkin memastikan kelancaran dan kegemilangan majlis

Merchant

Alunan Firdausi

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan sekalian a...


Comments