Close
26-Dec-2024 - 24 JamadulAkhir 1446 Asar 16:39Maghrib 19:14
Submit Information
Waktu Solat: Kuala Lumpur, Putrajaya 26-Dec-2024 - 24 JamadulAkhir 1446 | Subuh 06:04 | Syuruk 07:15 | Zuhur 13:17 | Asr 16:39 | Maghrib 19:14 | Ishak 20:29
Views: 3961

SEMINAR KEBANGSAAN ISLAM DAN TAJDID 2014

[Event has ended]

PENGENALAN

Tajdid atau pembaharuan (renewal) adalah satu keperluan. Ini memandangkan pelbagai cabaran dan masalah baru dihadapi oleh umat Islam. Nabi Muhammad s.a.w dalam hadithnya menyatakan tajdid akan berlaku pada setiap seratus tahun. Di antara tokoh yang dikaitkan dengan tajdid seperti khalifah Umar bin Abdul Aziz, imam al-Syafie, imam al-Ghazali dan lainnya. Gerakan tajdid merentasi dunia Islam termasuklah Malaysia.

Namun, seruan kepada pembaharuan dalam aspek-aspek tertentu telah menimbulkan ketegangan dalam masyarakat Islam. Bagi memastikan tajdid berada pada landasan yang betul, maka seminar kali ini akan menyentuh isu tajdid dari aspek fiqh, perundangan, pemikiran, dakwah, aqidah, politik serta pentadbiran.

OBJEKTIF

Di antara objektif seminar ini diadakan adalah untuk:
Memberi kefahaman tentang tajdid yang dianjurkan oleh Islam.
Menganalisis isu-isu tajdid dalam aspek fiqh, perundangan, pemikiran, dakwah, aqidah, politik serta pentadbiran..
Menghimpunkan intelektual, pendakwah-pendakwah tanah air untuk bertukar-tukar pendapat

PENYERTAAN

Seminar ini membuka penyertaan dari para ulama', intelektual, pendakwah-pendakwah, badan-badan NGO, agensi-agensi kerajaan dan swasta, wakil institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta, serta orang perseorangan.

ATUCARA

HARI PERTAMA 6 September 2014
8.00 pagi Pendaftaran Peserta

9.00 pagi UCAPAN PERASMIAN
Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Negeri Selangor

UCAPTAMA: ISLAM DAN TAJDID
Dato' Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir
Yang Dipertua, Persatuan Ulama' Malaysia

10.00 pagi Minum Pagi

10.30 pagi SESI 1 (PEMIKIRAN)

JATI DIRI MELAYU-ISLAM DI ALAF BARU
Dato' Dr Siddiq Fadzil
Presiden, Wadah Pencerdasan Ummah (WADAH)

SEJARAH GERAKAN ISLAH DI MALAYSIA
Dr Mohamad Kamil Abul Majid
Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, APIUM

PASANG SURUT GERAKAN ISLAM DI MALAYSIA
Prof. Dato' Paduka Dr. Muhamad Abu Bakar
Universiti Malaya

TAJDID DARI PERSPEKTIF INDONESIA
Prof Dr. Yunahar Ilyas
Ketua, Majelis Ulama Indonesia (MUI)

JARINGAN ISLAM NUSANTARA: KESEPAKATAN BERSAMA
Dato' Wan Muhamad bin Dato' Sheikh 'Abdul 'Aziz
Mantan Ketua Pengarah JAKIM

1.30 ptg Rehat, Makan Dan Solat

2.30 ptg SESI 2: (FIQH & PERUNDANGAN)

PEMBAHARUAN PERUNDANGAN ISLAM DI MALAYSIA
Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman
Jabatan Peguam Negara

PEMBAHARUAN INOVATIF DALAM PRODUK KEWANGAN ISLAM DI MALAYSIA
Prof Madya Dr Mohd Akram Laldin
Ketua Pegawai Eksekutif, ISRA

FIQH NUSANTARA
Profesor Emeritus Dato' Dr Mahmood Zuhdi Hj Ab Majid
Dekan, ISTAC, UIAM

PELAKSANAAN HUDUD DI BRUNEI: SATU PENGALAMAN
Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned
Mufti Kerajaan Brunei

HUDUD - PERSPEKTIF SEMASA
Prof Madya Dr Mohamad Azam Adil
Timbalan Pengarah, ASIS

5.00 ptg Minum Petang

HARI KEDUA 7 September 2014
9.00 ptg SESI 3: (PENDIDIKAN)

PEMBAHARUAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA
Prof Madya Dato' Dr Abdul Halim Tamuri
Rektor, Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS)

TAJDID SHEIKH RASHID REDHA DAN SHEIKH MUHAMMAD ABDUH DALAM PENDIDIKAN
Prof. Madya Dr Mustaffa Abdullah
Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, APIUM

SURVIVAL SISTEM PENDIDIKAN PONDOK DALAM ARUS MODEN
Dr. Luqman Hj Abdullah
Pengerusi Yayasan Pondok Berhad / Jabatan Fiqh & Usul, APIUM

10.30 pagi Rehat Minum Pagi

11.00 pagi SESI 4: (POLITIK)

TAHALUF SIYASI-REVISIT
Dato' Dr. Khairuddin Aman Razali al-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus, Terengganu

PERKEMBANGAN MUKTAHIR DI TIMUR TENGAH (ASIA BARAT)
Prof Dato' Muhamad Redzuan Othman
Dekan, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, UM
12.30 tgh Makan, Rehat, Solat

2.00 ptg SESI 5: (AQIDAH)

AMALAN KHURAFAT, TAHYUL DAN SYIRIK DALAM MASYARAKAT ISLAM MALAYSIA MASAKINI
Ustaz Mohd Aizam Mas'od
Bahgian Penyelidikan, JAKIM

PENGGUNAAN DAN PENYEBARAN HADITH PALSU DALAM KALANGAN MASYARAKAT ISLAM DI MALAYSIA
Prof Madya Dr Fauzi Deraman
Jabatan al-Qur'an dan al-Hadith, APIUM

3.15 ptg SESI 6: (DAKWAH)

STREET DAKWAH
Ustaz Mohammad Ibrahim (Mat China)
Pendakwah

ISLAM KETURUNAN VS MUALLAF: DAKWAH DAN INTELEKTUAL
Lim Choi Soon

4.30 ptg Penutup
5.00 ptg Jamuan Ringan

Details

MAKLUMAT DAN PENDAFTARAN

Seminar ini akan dilangsungkan bermula pendaftaran dari jam 8.00 pagi dan berakhir 5.00 petang.

Yuran Penyertaan (Seorang) :
Agensi / Individu = RM 150.00
Pelajar = RM 70.00

Makan dan minum, fail, bahan seminar dan sijil akan diberikan. Manakala penginapan tidak disediakan.

Pendaftaran Penyertaan :

Untuk penyertaan seminar, sila buat pendaftaran sebelum atau pada 04 September 2014 dengan menghubungi:

Sekretariat : 03-5512 4300 / 03-5511 4301
Sdra Azmi : 013-384 0710
Pn Suraya : 013-403 8507
Faks : 03-5511 4302
Email : pumpusat@yahoo.com

Organisers

Persatuan Ulama Malaysia

SEJARAH PENUBUHAN Penubuhan PUM adalah lahir dari kesedaran para ulama’ yang menyertai K...

Comments



Related Events