Close
27-Dec-2024 - 25 JamadulAkhir 1446 Ishak 20:29Subuh 06:04
Submit Information
Waktu Solat: Kuala Lumpur, Putrajaya 27-Dec-2024 - 25 JamadulAkhir 1446 | Subuh 06:04 | Syuruk 07:15 | Zuhur 13:17 | Asr 16:40 | Maghrib 19:14 | Ishak 20:29
Views: 2546

KURSUS SIRAH NABI

[Event has ended]
Sat, 20 February 2016, 8.30 pagi - 5.30 petang | Malay
IDT
Interactive Dakwah Training
Dr. Jefri Haris

Fees: Rm60

KENAPA KITA PERLU BELAJAR SIRAH NABAWIYYAH?
Sirah Nabawiyyah ialah cerita atau perkhabaran mengenai tentang kehidupan nabi junjungan mulia Muhammad SAW sejak kelahiran sehinggalah kewafatan baginda. Ia juga merangkumi kisah mengenai nasab baginda, kelahirannya, pelantikan baginda menjadi rasul, akhlaknya, mukjizatnya, perjuangannya, sakit yang dialami baginda, kewafatannya, dan setiap sudut kehidupan baginda Muhammad SAW. Melihat kepada kepentingan sirah Nabawiyyah inilah menjadi sebab kenapa kita perlu mempelajari sirah Nabawiyyah, antara kepentingannya ialah:

-seseorang individu muslim akan dapat memahami keperibadian Rasulullah SAW di sebalik kehidupan baginda dan suasana yang dialami oleh baginda SAW, hal ini mendorong seseorang individu muslim mengambil sirah Nabawiyyah sebagai inspirasi dalam kehidupan mereka disamping menyakini bahawa Rasulullah SAW bukan sahaja hebat dikalangan kaumnya sahaja bahkan baginda juga hebat dikalangan semua ummat manusia.

-mempamerkan kepada setiap insan satu bentuk contoh terbaik dalam semua aspek dari aspek-aspk kehidupan yang baik, mengambil Rasulullah SAW sebagai contoh qudwah hasannah “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).”-surah al ahzab:21.

-melalui sirah Nabawiyyah juga dapat membantu kita memahami sumber rujukan utama Islam iaitu kitabullah Al-Quran al-karim untuk menghayati makna dan maksudnya, kebanyakkan ayat-ayat dari Al-Quran ditafsirkan melalui perisiwa-peristiwa dalam sirah Nabawiyyah.

-daripada sirah Nabawiyyah juga dapat memberi kemampuan yang besar dari segi kebudayaan dan pengetahuan Islam kepada sesiapa yang memepelajarinya, sama ada yang berkaitan dengan akidah, hukum-hukum Islam atau akhlak Islamiah, kerana melalui sirah Nabawiyyah ia dapat membei gambarann kepada masyarakat Islam membina Islam dan hukum-hukumnya.

-kisah pengajaran dari sirah Nabawiyyah dikira sebagai contoh yang hidup (member contoh secara realiti) dalam bentuk cara pentarbiayahan yang dibawa oleh Rasulillah SAW, ia samping ia juga member manfaat yang besar kepada guru-guru dan para pendakwah untuk menyebarkan kefahaman Islam kepada masyarakat.

-dengan sirah Nabawiyyah juga dapat kita ketahui mengenai generasi sahabat yang hebat dalam membawa Islam bersama Rasulullai SAW, jerih usaha mereka memperjuangkan Islam diwaktu agama Islam mula dibawa hinggalah kepada zaman kegemilangan Islam dipersada dunia.

Disini, dapat saya simpulkan bahawa sangat penting untuk mempelajari sirah Nabawiyyah bagi setiap ummat Islam dalam mengerakkan agama Islam atas landasan yang ditentukan oleh Allah SWT.

Location

IDT

No 14, Jln 3/27F, Desa Setapak, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur

Organisers

Interactive Dakwah Training

Speakers

Dr. Jefri Haris

Comments



Related Events