Close
- Maghrib Ishak
Submit Information
Waktu Solat: Kuala Lumpur, Putrajaya - | Subuh | Syuruk | Zuhur | Asr | Maghrib | Ishak
Views: 2976

KONGRES BICARA DAKWAH KALI KE-17 - Maqasid Syariah Dasar Kepada Dakwah

[Event has ended]
Thu, 5 May 2016, 8.00 a.m - 5.00 p.m | Malay
Dewan Utama Bangunan Tun Fatimah, UKM
Jabatan Pengajian Dakwah Dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

Fees: Pembentang RM150, Peserta RM50, Pelajar RM10

SINOPSIS

Bicara Dakwah Kali ke-17 adalah salah satu aktiviti persidangan yang dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM. Ia merupakan agenda yang menjadi pemangkin kepada semua warga akademik untuk membicarakan secara ilmiah setiap persoalan berkaitan perubahan sosio budaya, media dan komunikasi Islam, keluarga, kesenian, saudara baru, kepimpinan, pengurusan dan pentadbiran, psikologi, kaunseling, media dan pelbagai aspek yang berkaitan dengan dakwah Islamiah. Selain itu ia menjadi medium kepada para akademik dan pelajar berkongsi ilmu, pengalaman dan kemahiran dalam setiap persoalan yang wujud di persada dakwah. Bicara Dakwah kali ke-17 ini bertajuk Maqasid Syariah Dasar Kepada Dakwah.

Perbincangan Maqasid Syariah di dalam negara terutamanya selepas pelancaran indeks Maqasid Syariah oleh perdana menteri Malaysia menjadikan bicara dakwah pada kali ini begitu bermakna bagi para pendakwah di dalam dan luar negara. Parameter-parameter Maqasid Syariah yang dapat membantu menyelesaikan pemasalahan-permasalahan individu, masyarakat, negara dan umat perlu ditekankan untuk merealisasikan Islam sebagai addin dari segala aspek kehidupan manusia.

OBJEKTIF

Bicara Dakwah akan merealisasikan objektif-objektif di bawah ini:

* Menyediakan platform akademik dalam membincangkan Maqasid syariah dalam menangani isu dan menghadapi cabaran umat.
* Meningkatkan strategi dan plan transformasi khusus untuk pembangunan dan kelestarian para pendakwah dan sasaran.
* Memberi ruang perbincangan melalui dapatan kajian dan menjana silibus berkaitan subjek.

TEMA

Maqasid Syariah Dasar Kepada Dakwah

SUB TEMA

Maqasid Syariah dan Pendekatan Dakwah
Maqasid Syariah dan isu semasa Dakwah
Maqasid Syariah dan nilai, sikap dan etika
Maqasid syariah dan pengurusan
Maqasid syariah dan kepimpinan
Maqasid Syariah dan isu etnik peribumi
Maqasid Syariah dan hisbah
Maqasid Syariah dan pendidikan
Maqasid Syariah dan ekonomi
Maqasid syariah dan politik semasa
Maqasid Syariah dan pemikiran moden
Maqasid Syariah dan saudara baru
Maqasid syariah dan Psikologi
Maqasid syariah dan Media
Maqasid Syariah dan komunikasi

Details

Location

Dewan Utama Bangunan Tun Fatimah, UKM

Dewan Utama Pusat Siswazah, Bangunan Tun Fatimah Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi Selangor Darul Ehsan

Organisers

Jabatan Pengajian Dakwah Dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

Comments



Related Events