Close
24-Nov-2024 - 22 JamadulAwal 1446 Syuruk 07:00Zuhur 13:03
Submit Information
Waktu Solat: Kuala Lumpur, Putrajaya 24-Nov-2024 - 22 JamadulAwal 1446 | Subuh 05:50 | Syuruk 07:00 | Zuhur 13:03 | Asr 16:25 | Maghrib 19:00 | Ishak 20:14
Views: 3338

Konvensyen Penyeliaan Kebangsaan 2016 (KPK2016)

[Event has ended]
Wed, 12 October 2016, 8:30am-5:30pm | Malay
Grand Seasons Hotel, Kuala Lumpur - Malaysia
Various

Fees: Individu: RM 990 seorang (Termasuk GST 6%) Kumpulan (2-4): RM 950 seorang (Termasuk GST 6%), Kumpulan (5-9): RM 900 seorang (Termasuk GST 6%) , Kumpulan (10 atau lebih): RM 850 seorang (Termasuk GST 6%)

Kenapa KPK?

Kepimpinan penyeliaan yang berkesan merupakan pemboleh ubah kepada operasi harian sesebuah organisasi. Memiliki kakitangan penyeliaan yang dinamik serta bertanggungjawab adalah satu kemestian bagi organisasi yang produktif.

Penyelia perlulah peka dan sensitif terhadap perubahan serta terdedah kepada amalan-amalan terbaik (best practises) dan terkini. Atas kefahaman inilah maka Konvensyen Penyeliaan (KPK) diwujudkan sebagai medan pertemuan terbesar di peringkat nasional untuk mereka. KPK 2016 meneruskan tradisi sebagai suatu pengiktirafan terhadap kepentingan kakitangan peringkat penyeliaan.

Sebagai sebuah jenama, KPK adalah medan perkongsian pengetahuan dan amalan-amalan terbaik dalam bidang penyeliaan yang diadakan secara tahunan.

Objektif KPK
------------
Secara khusus, KPK 2016 memberi peluang kepada para peserta untuk:

* Memahami kepentingan persekitaran kerja yang kondusif dapat menghasilkan mutu kerja yang berkualiti tinggi;
* Meningkatkan kesedaran tentang peranan kakitangan penyeliaan pencetus motivasi membentuk persekitaran kerja untuk kecemerlangan di peringkat operasi dalam sesebuah organisasi;
* Mengemaskini serta memantapkan pengetahuan mengenai kualiti dan produktiviti melalui perkongsian amalan dan kaedah terbaik dari organisasi berjaya;
* Merangka agenda tindakan untuk meningkatkan keberkesanan diri sebagai seorang pemimpin pasukan kerja bagi mencapai matlamat organisasi.

SIAPA PATUT HADIR?
-----------------
KPK 2016 perlu dihadiri oleh kakitangan yang menjalankan fungsi penyeliaan termasuk sama ada di sector awam mahu pun swasta. Secara khusus kakitangan berikut akan mendapat manfaat
penuh daripada konvensyen ini:

* Penyelia (Supervisor)
* Penolong Pegawai Tadbir
* Pegawai Eksekutif
* Pembantu Tadbir Kanan
* Ketua Kerani
* Line Leaders

dan lain-lain kakitangan yang menjalankan fungsi Penyeliaan.

Details

Tarikh: 12-13 Oktober 2016 (Rabu & Khamis)
Tempat: Hotel Grand Season, Kuala Lumpur

Pendaftaran Individu:
Yuran Pendaftaran: RM 990 seorang (Termasuk GST 6%)
Yuran Pendaftaran Early Bird ( Sebelum 16 Sept 2016) : RM 940 seorang (Termasuk GST 6%)

Pendaftaran Kumpulan:
Kumpulan (2-4): RM 950 seorang (Termasuk GST 6%),
Kumpulan (5-9): RM 900 seorang (Termasuk GST 6%) ,
Kumpulan (10 atau lebih): RM 850 seorang (Termasuk GST 6%)

Maklumat Lanjut:

Untuk pertanyaan dan pendaftaran hubungi:
Sekretariat KPK 2016

Jazlizan / Fazilah / Meiza

SMS/Whatsapp: +6019-250-9141
Hotline: +603-7956-0010
Email: seminar@irshad.com.my

Terma & Syarat:

Pembayaran hendaklah di buat di dalam Ringgit Malaysia (RM). Yuran Pendaftaran adalah termasuk bahan program, sijil penyertaan, minum pagi, makan tengahari dan minum petang. Surat pengesahan pendaftaran akan di keluarkan selepas pembayaran di terima. Untuk kakitangan dan pegawai kerjaan, pesanan kerajaan (LO) atau surat pengesahan hendaklah diserahkan sebelum kursus bermula. Pihak penganjur berhak untuk meminda program, fasilitator, tarikh dan tempat kursus jika terdapat perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan.

Location

Grand Seasons Hotel, Kuala Lumpur - Malaysia

Grand Seasons Hotel, 72, Jalan Pahang, Pekeliling, 50400 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Organisers

Irshad HR Consulting

Irshad HR Consulting Sdn Bhd. (748222-W) 802, Block B, Phileo Damansara II, Jalan 16/11, 46350 Pet...

Speakers

Various

Comments



Related Events