Seminar Saham: Labur Bijak Patuh Syariah
Pengenalan
Hukum membeli saham pada asalnya adalah sama dengan hukum bersyarikat atau musharakah atau rakan kongsi. Ia adalah harus menurut Shariah dari al-Quran dan Hadith. ( Al-Mughni, Ibn Quddamah, 5/3 )
Dalil dari Al-Quran :
Ertinya : "dan mereka berkongsi dalam 1/3 " ( An-Nisa : 12 )
Antara hadith :
Ertinya : Nabi menyatakan :" Aku orang ketiga bersama dua orang yang bersyarikat selagi mana tiada salah seorang yang mengkhianati rakannya" ( Riwayat Abu Daud )
Pasaran saham sebagai salah satu institusi kewangan turut mempunyai peranan yang besar dalam pembangunan ekonomi negara. Pertama, ia membantu proses pembangunan ekonomi melalui pengembelengan dana jangka panjang dari masyarakat yang melabur untuk membiayai kegiatan program pembangunan sektor awam dan pelaburan sektor swasta.
Kedua, pasaran saham mempromosikan keusahawanan sektor swasta melalui penyediaan modal dengan jumlah yang memberangsangkan untuk sektor swasta membuat pelaburan korporat dan pembesaran kegiatan ekonomi mereka.
Usaha melabur harta untuk kegiatan ekonomi mampu memberi manfaat oleh seseorang pemilik harta untuk kebajikan masyarakat keseluruhanya melalui pencetusan kegiatan ekonomi. Bagi Islam harta yang dimiliki oleh seseorang itu adalah amanah Allah s.w.t. untuk pemilik tersebut mengguna demi kepentingan dirinya dan masyarakat.
Dengan wujudnya institusi Pasaran Saham, ia merupakan salah satu institusi untuk umat Islam melibatkan harta mereka dalam pelaburan semoga lebih banyak dan pembesaran kegiatan ekonomi dapat dibangunkan.
Antara yang akan dikongsikan dalam seminar ini adalah
• Pelaburan saham dari sudut syariah
• Pemilihan saham berdasarkan prospek teknikal dan fundamental
• Kajian kes sebenar prestasi kaunter saham tertentu
• Risiko dan ganjaran dalam pelaburan saham
Penceramah Jemputan
1. Dr Zaharuddin Abdul Rahman (Pensyarah UIAM)
Jenis urusniaga saham & hukum syariah
2. Tuan Kamal Bahrin Zulkifli (Ketua Perdagangan Runcit BIMB Securities)
Details
Hubungi:
K Fiqh Sdn Bhd (1001892-W) No.06-1F,
Pinggiran Mutiara Utama,
Tmn Mutiara Gombak 2, Gombak,
53100 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Malaysia
Phone: 03 6177 4612
Fax: 03 6177 4613
Email: admin@k-fiqh.com
Comments