PROGRAM CUTI SEKOLAH : PROGRAM SUPER AULAD 2018
Fees: RM200.00 seorang – anak staf RM250.00 seorang – bukan anak staf
PROGRAM CUTI SEKOLAH : PROGRAM SUPER AULAD 2018
Memandangkan musim cuti sekolah akan tiba tidak lama lagi, sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam dengan kerjasama Masjid Sayyidina Abu Bakar, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) akan menganjurkan PROGRAM SUPER AULAD 2018 sebagai program mengisi masa cuti sekolah untuk anak-anak staf UTeM terutamanya bagi mempertingkatkan lagi ilmu dan penghayatan Islam sebagai cara hidup.
Terdapat 5 objektif program:
1. Memupuk jatidiri pelajar melalui pemahaman aplikasi al-Quran melalui penerapan Sunnah Rasulullah s.a.w.
2. Memberi kefahaman kepada peserta berkenaan perkara-perkara asas Fardhu ‘Ain melalui aplikasi berbentuk praktikal.
3. Membangunkan potensi diri pelajar dengan pengisian motivasi yang berkesan.
4. Membina kecerdasan minda dengan kepelbagaian aktiviti kecergasan tubuh badan.
5. Mencetuskan pemikiran anak-anak yang cemerlang dengan kemampuan berdikari, kreatif, inovasi, berdisiplin dan berakhlak mulia.
Details
Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: Masjid Sayyidina Abu Bakar, UTeM
Umur: 6 – 15 Tahun (umur peserta yang kurang tidak akan didaftarkan)(wajib serahkan Salinan surat beranak atau kad pengenalan sebagai bukti)
Pengisian :
1. MIX & MATCH
2. REFLEKSI SUNNAH
3. NATURE LOVER
4. BENGKEL QAULI
5. OOOH MY TAUHID
6. SCIENCES ACTIVITIES
7. PENTAS BINTANG
8. MATH ART
9. MASTER CHEF
10. ASPRESIASI ALAM
11. ADRENALIN RUSH
Penampilan Istimewa: Pencetus Ummah Rahmat
Yuran Penyertaan:
RM200.00 seorang – anak staf
RM250.00 seorang – bukan anak staf
Pendaftaran :
- Ibu-bapa/waris/penjaga DIWAJIBKAN untuk membayar wang deposit sebanyak RM 100.00 bagi setiap peserta yang ingin didaftarkan dan sekiranya penyertaan dibatalkan 2 hari sebelum program, maka deposit tidak akan dipulangkan.
(Yuran Termasuk Makan, Minum, Sijil dan Bahan-Bahan Pengisian Selama 5 Hari)
- Pendaftaran akan dibuka sehingga 29 NOVEMBER 2018 ATAU apabila penyertaan penuh dan akan dimaklumkan melalui emel rasmi.
- Yuran hendaklah dijelaskan sebelum atau pada tarikh 29 NOVEMBER 2018 beserta borang pendaftaran dan salinan Kad Pengenalan anak-anak.
- Terhad kepada 50 orang peserta sahaja.
- Tiada pendaftaran terbuka pada hari program sekiranya pendaftaran penuh.
- Pendaftaran melalui serahan tangan sahaja beserta bayaran deposit, segala urusan penghantaran borang melalui emel tidak akan diproses.
Sebarang pertanyaan sila hubungi Ustaz Abbyd 019-201 0706 @ Ustaz Muhammad Ali 014-723 5996.
Comments