IMAN Talk: Bawa Cinta Kita Ke Syurga bersama Ustaz Pahrol Juoi
Fees: RM10
"Dua batang kayu disatukan dengan paku.
Dua ketul batu disatukan dengan simen.
Namun, dua hati disatukan dengan apa?"
Manusia secara fitrahnya inginkan cinta.
Tetapi, cinta semata-mata tidak cukup untuk mempertahankan keharmonian sesebuah rumah tangga, terutamanya apabila pasangan sudah jemu dan mula berubah.
Maka, adakah kita sudah tersilap memilih pasangan?
Haruskah rumah tangga berakhir dengan hilangnya cinta?
Perkongsian kali ini mengajak kita untuk membetulkan sikap dan cara pandang terhadap perkahwinan dimana matlamat utamanya adalah menuju Allah S.W.T.
Dalam buku terbaru Ustaz Pahrol ini juga ada diselitkan nasihat bagaimana kita harus mengemudi bahtera sehingga akhirnya, kita mencapai matlamat perkahwinan yang sering disebut-sebut itu: SYURGA.
Buku-buku ini sesuai untuk mereka yang:
• Bakal mendirikan rumah tangga.
• Telah mendirikan rumah tangga.
Details
Jemput hadir ke #ImanTalk: Bawa Cinta Kita ke Syurga & Pelancaran 2 Buku Terbaru Ustaz Pahrol Mohamad Juoi​ yang di Iman Shoppe​ pada;
Tarikh: 21 Julai 2019 (Ahad)â €
Masa: 10 pagi - 12 tengahari
Iman Shoppe Bookstore , Seri Kembanganâ €
Yuran : RM10
Pendaftaran & Tiket : http://bit.ly/imantalk-bckks
Pertanyaan : 019-202 6924 (Salha)
Jemput datang semua & jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengan Ustaz Pahrol hari Ahad ini di Imanshoppe!
Comments