Close
26-Dec-2024 - 24 JamadulAkhir 1446 Maghrib 19:14Ishak 20:29
Submit Information
Waktu Solat: Kuala Lumpur, Putrajaya 26-Dec-2024 - 24 JamadulAkhir 1446 | Subuh 06:04 | Syuruk 07:15 | Zuhur 13:17 | Asr 16:39 | Maghrib 19:14 | Ishak 20:29
Views: 960

Benarkah Kitab Injil Masih Wujud?

[Event has ended]
Fri, 14 October 2022, 8pm - 10pm | Malay
PERKIM PULAU PINANG
Bro Mohamed Sirajudin

Assalamu alaikum, saudara dan saudari yang dirahmati Allah Yang Maha Pemberi Keperluan.

https://www.facebook.com/PERKIMPENANG/

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

وَقَفَّيۡنَا عَلٰٓى اٰثَارِهِمۡ بِعِيۡسَى ابۡنِ مَرۡيَمَ مُصَدِّقًا لِّمَا بَيۡنَ يَدَيۡهِ مِنَ التَّوۡرٰٮةِ وَاٰتَيۡنٰهُ الۡاِنۡجِيۡلَ فِيۡهِ هُدًى وَّنُوۡرٌ ۙ وَّ مُصَدِّقًا لِّمَا بَيۡنَ يَدَيۡهِ مِنَ التَّوۡرٰٮةِ وَهُدًى وَّمَوۡعِظَةً لِّـلۡمُتَّقِيۡنَ ؕ

"Dan Kami utuskan Isa ibni Maryam mengikuti jejak langkah mereka (nabi-nabi Bani Israil), untuk membenarkan kitab Taurat yang diturunkan sebelumnya; dan Kami telah berikan kepadanya kitab Injil, yang mengandungi petunjuk hidayah dan cahaya yang menerangi, sambil mengesahkan benarnya apa yang telah ada di hadapannya dari kitab Taurat, serta menjadi petunjuk dan nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa." (al-Qur'an 5:46)

Menurut ayat diatas, kitab suci Injil telah diwahyukan kepada Nabi Isa (as) sebagai panduan dan bimbingan kepada kaum Bani Israil. Beriman kepada kitab suci merupakan salah satu cabang rukun iman bagi umat Islam dan walaupun kita tidak pernah membaca isi kandungan kitab Injil, kita tetap beriman bahawa ia merupakan wahyu agung dari Pencipta langit dan bumi.

Persoalannya disini ialah, adakah kitab Injil yang asli masih wujud hari ini?
Menurut penganut agama Nasrani, kitab Injil ialah sebahagian dari al-Kitab (the Holy Bible) yang mereka percaya mengandungi ayat-ayat suci dari Allah.
Bolehkah kita sebagai penganut Islam menerima fahaman sebegitu?

In sha Allah, bahagian pertama kuliah ilmu ini akan membincangkan persoalan2 itu pada hari Jumaat, 14hb Oktober dari 8.00 hingga 10.00 malam menerusi platform atas talian Zoom. Mereka yang berminat diminta untuk menghubungi urusetia majlis untuk mendapatkan pautan masuk ke kuliah atas talian pada tarikh tersebut:

Ustazah Nasyrah +60 17-473 5356
Ustazah Syahira +60 12-457 4430
Ustaz Muhaimin +60 13-260 7761

Sila promosikan dengan meluas dalam media sosial.

Organisers

PERKIM PULAU PINANG

Speakers

Bro Mohamed Sirajudin

Comments



Related Events