Close
29-Mar-2023 - 7 Ramadhan 1444 Ishak 20:33Subuh 06:07
Submit Information
Waktu Solat: Kuala Lumpur, Putrajaya 29-Mar-2023 - 7 Ramadhan 1444 | Subuh 06:07 | Syuruk 07:13 | Zuhur 13:21 | Asr 16:21 | Maghrib 19:24 | Ishak 20:33
Views: 6775

Buku Panduan Suami Memimpin Isteri Mengurus

Ends: December 31, 2019

Package Details

ISTIMEWA!
Dapatkan buku panduan suami isteri

3 buah buku penulisan Ahmad Shafiai Uda Jaafar (Pak Utih):

Profil Penulis (Speaker): https://islamicevents.my/profile/90

Buku 1. Suami Memimpin Isteri Mengurus
Tahun: 2009 (Cetakan kelapan 2016) | Mukasurat: 128 | ISBN: 978-967-0998-18-3

Sinopsis: Peranan lelaki dan wanita adalah saling bergantung antara satu sama lain untuk melaksanakan peranan masaing-masing di dunia yang sementara ini. Buku ini memberikan tips dan panduan kepada pembaca bagaimana sang suami boleh membantu isterinya memberikan ketaatan yang tidak berbelah bagi terhadap suaminya dan memelihara serta menguruskan keperluan dan kehendak suaminya untuk menjadi pemimpin dengan lebih berkesan sama ada di rumah ataupun di lapangan.

Buku 2. Tak Faham Faham...
Tahun: 2016 | Mukasurat: 131 | ISBN: 978-967-0998-20-6

Sinopsis: Sudah kahwin pun tak faham-faham. Sudah hadir kursus perkahwinan pun tak faham-faham. Sudah ada anak tiga pun tak faham-faham. Dan sudah bercucu pun ada yang masih tak faham-faham juga! Apa yang tak faham-faham tu? Buku “Tak Faham-faham…” dalam siri “Suami Memimpin Isteri Mengurus” ini ditulis oleh penulis untuk membantu anda memahami apa sebenarnya mesej yang hendak disampaikan oleh pasangan anda dan juga tip untuk memahamkan kepada pasangan anda mesej yang ingin anda sampaikan kepadanya.

Buku 3. Stres!
Tahun: 2016 | Mukasurat: 132 | ISBN: 978-967-0998-19-0

Sinopsis: Buku kecil ini dipaparkan kepada anda suami isteri di dalam bentuk tajuk-tajuk kecil yang dihimpun daripada penulisan penulis di majalah dan bahan-bahan kursus yang dikendalikannya. Penulis mengupas setiap tajuk-tajuk kecil menguruskan stres ini dengan kisah-kisah benar yang ditemui semasa mengendalikan ceramah, kursus dan bengkel terutama sekali bengkel “Mahligai Kasih”, Kursus Pintar Gender, ceramah Keibubapaan Positif dan Kursus Pengurusan Stres Suami Isteri. Isu itu kemudiannya dirungkaikan punca pertelingkahan berdasarkan kajian dan penemuan “neuroscience” yang membezakan keperluan dan kehendak lelaki dan wanita.

Dapatkan buku ini:

Harga 1 set 3 buku

Semenanjung: RM 37
Sabah & Sarawak : RM 40

* Termasuk kos penghantaran mengunakan Pos Malaysia, tertakluk kepada stok masih ada dan 'first-come-first-served'

Ode Sekarang!


Merchant

IslamicEvents.MY

IslamicEvents.MY aims to be a one-stop community portal which is dedicated to providing detailed inf...

Related Khidmah