Close
LoginRegister
22 Mei 2018 - Syuruk 7:01Zuhur 13:13
Submit Information
Waktu Solat: Kuala Lumpur 22 Mei 2018 - | Subuh 5:40 | Syuruk 7:01 | Zuhur 13:13 | Asr 16:36 | Maghrib 19:21 | Ishak 20:35
Views: 287
Projek Kemanusian

NUR PROJECT // PANEL SOLAR UNTUK ROHINGYA


Package Details

PENGENALAN

Bayangkan melarikan diri dari kampong halaman dan menjadi pelarian di negara yang kurang kapasiti untuk memberi bantuan. Kehidupan menjadi penuh dengan cabaran dan ketidakpastian. Begitulah suasana pelarian Rohingya di Bangladesh.

Kebanyakan kita tidak akan dapat memahami nasib pelarian Rohingyas. Namun bila kita membaca berita mengenai penderitaan mereka, kita merasa untuk membuat sesuatu yang dapat mengurangkan penderitaan mereka.

Salah sebuah organisasi rakan pelaksana kami, Hezom International, baru-baru ini telah melakukan lawatan ke Cox Bazaar @ Bangladesh sebuah penempatan pelarian Rohingya. Mereka telah mengedarkan sumbangan bekalan makanan serta mengadakan tinjauan situasi dan keperluan pelarian Rohingya di sini.

Mereka mendapati antara yang paling diperlukan adalah bekalan lampu elektrik terutama untuk waktu senja dan malam.

NUR PROJECT UNTUK ROHINGYA

Matlamat kami adalah untuk memberi bekalan lampu elektrik kepada mereka melalui Panel Solar. Satu set pakej ini berupaya untuk membekalkan lampu elektrik untuk sebuah khemah yang didiami oleh sebuah keluarga 6 hingga ke 10 orang.

SAKSIKAN VIDEO INI:




FAKTA SEMASA:
* Tiada bekalan elektrik di Kem Pelarian Rohingya
* Pelarian mengunakan Panel Solar, lampu lilin atau lampu minyak tanah pada malam hari

PAKEJ PANEL SOLAR
Setiap Panel Solar mengandungi beberapa ‘photovoltic' sel solar yang berupaya untuk menyerap tenaga cahaya matahari dan merubahkan tenaga tersebut kepada kuasa elektrik. Semasa siang, panel solar yang diletakkan di atas khemah akan menyerap tenaga cahaya matahari dan menyalurkan tenaga tersebut ke ‘inverter'. Tenaga cahaya matahari turut boleh diserap semasa cuaca mendung.

Setiap Pakej Panel Solar mengandungi:
i) Panel Solar
ii) Pendawaian
iii) Lampu
iv) Bateri
v) Perkhimatan pemasangan & penghantaran

1) Bagaimana saya boleh membantu projek ini?
Anda boleh membantu dengan berInfaq satu set Pakej Solar Panel untuk sekeluarga

2) Berapakan harga Pakej Panel Solar?
* Satu set lengkap Pakej Solar Panel – RM 950
* Pakej berkumpulan (perkongsian oleh kumpulan 10 orang) – RM 100

Harga adalah termasuk kos peralatan, pemasangan, logistik dan pengurusan.

3) Berapa nama penyumbang akan di letakkan pada set panel Solar?
Kami hadkan kepada 10 nama (keluarga/rakan/adik beradik/etc) bagi yang menyumbang secara berkumpulan. Kami juga boleh merekodkan nama “Hamba Allah” bagi yang tidak mahu nama di letakkan pada set panel solar.

4) Bagaimana saya boleh mengetahui projek ini telah dilaksanakan?
Kami menyasarkan jangkamasa 2 bulan untuk pelaksanaan dari tarikh penerimaan Infaq. Jumlah Pakej Panel Solar adalah terhad. Kami juga menghadkan jumlah Pakej Panel Solar mengikut kapasiti pelaksanaan dan sumber tenaga yang ada. Penyumbang akan menerima laporan pelaksanaan melalui email selepas projek ini dilaksanakan.


UNTUK PENYERTAAN DAN PERTANYAAN:

Projek Kemanusiaan di bawakan oleh: Infaq.SG
Di sokong oleh : IslamicEvents.my

Kami membuka peluang kepada yang berhajat untuk berinfaq kepada Projek Nur untuk Rohingya.

NUR PROJECT UNTUK ROHINGYA (PERINTIS):

Terhad kepada 10 Set Panel Solar!

IslamicEvents.My sebagai permulaan akan membuka pelaksanaan 10 set Panel Solar untuk Rohingya sahaja.

Untuk menyumbang:

1) Gunakan tempahan online pakej di bawah ini
2) Masukan maklumat anda yang diminta
3) Buat pembayaran

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut email kami: sales@islamicevents.my atau WhatsApp : 012-2380137

* Tertakluk kepada First-come-first-served serta terma dan syarat



Get your package now


1Select Package 2Your Details 3Make Payment
Package Sales End Cost Qty
INFAQ SET LENGKAP PANEL SOLAR UNTUK ROHINGYA - PERINTIS
1 x Satu set lengkap Pakej Panel Solar
* Nama penyumbang pada Panel Solar
* Termasuk pemasangan & logistik
* Laporan pelaksanaan selepas pemasangan Panel Solar

PERINTIS - Terhad kepada 10 set Panel Solar sahaja
Tempahan akan auto 'Closed' apabila telah mencapai 10 set
31 Mar 2018MYR 950Closed
INFAQ BERKUMPULAN 10 ORANG UNTUK SET LENGKAP PANEL SOLAR UNTUK ROHINGYA - PERINTIS
1 x Berkongsi 9 orang lain untuk Set Panel Solar
* Nama penyumbang pada Panel Solar
* Termasuk pemasangan & logistik
* Laporan pelaksanaan selepas pemasangan Panel Solar

PERINTIS - Terhad kepada 10 set Panel Solar
Tempahan akan auto 'Closed' apabila telah mencapai 10 set
31 Mar 2018MYR 100Closed
Register »

Merchant

IslamicEvents.MY

IslamicEvents.MY aims to be a one-stop community portal which is dedicated to providing detailed inf...