Close
Login
- Maghrib Ishak
Submit Information
Waktu Solat: Kuala Lumpur, Putrajaya - | Subuh | Syuruk | Zuhur | Asr | Maghrib | Ishak
Follow Updates Organisation

MACMA

Tel: 603-79323207Fax: 603-79321207Email: admin@macma.myhttp://www.macma.my/
MACMA (singkatan nama Malaysian Chinese Muslim Association atau Persatuan Cina Muslim Malaysia telah ditubuhkan dengan rasminya pada 8hb September 1994 bagi memenuhi kehendak masyarakat Cina Muslim untuk menggembleng usaha dakwah dengan lebih berkesan dan terfokus kepada bangsa Cina serta rakyat berbilang kaum di negara ini.

Penubuhan Macma selain daripada mempromosikan atau menyampaikan pengajaran islam kepada masyarakat Cina juga bertujuan menyediakan bantuan dan perkhidmatan dari pelbagai aspek kepada ahli seperti kelas fardhu ain dan kelas bimbingan lanjutan dalam pelbagai bahasa khususnya dalam bahasa Cina , menjaga kebajikan dan kesejahteraan ahli , memberi khidmat kaunseling dan sokongan moral, menyediakan peluang pendidikan lanjutan sepanjang hayat , meningkatkan taraf sosial ekonomi dan memupuk semangat sukarela di kalangan ahli supaya dapat melahirkan satu golongan Cina Muslim yang bertaqwa untuk menjadi “ Khairul Ummah “ sepertimana dituntut dari kitab suci Al-Quran.

Macma juga memainkan peranan sebagai jurucakap bagi golongan Cina Muslim di Malaysia dan juga sebagai jambatan untuk membina penyatuan melalui kepelbagaian bangsa dan kepercayaan di dalam keunikan masyarakat majmuk di Malaysia terutamanya kepada masyarakat Cina yang belum Islam.

Follow MACMA on Facebook

Location

Malaysia

Malaysia

Other Organisations to Follow