Close
- Maghrib Ishak
Submit Information
Waktu Solat: Kuala Lumpur, Putrajaya - | Subuh | Syuruk | Zuhur | Asr | Maghrib | Ishak
Followers: 2
Follow Updates Organisation

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

Tel: 03-55143400Fax: 03-55103368Email: info@jais.gov.myhttp://jais.org.my
Sejarah Penubuhan JAIS bertitik tolak daripada keperihatinan Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj terhadap nasib rakyat dalam zaman pemerintahan Jepun dan penularan fahaman komunis yang boleh menjejaskan nilai akhlak serta kepercayaan orang Melayu pada masa itu. Baginda menitahkan kepada kerajaan negeri Selangor supaya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam diwujudkan. Pada 1 Oktober 1945, Jabatan Hal Ehwal Islam ditubuhkan, di mana YM Raja Haji Nong bin Raja Hussin telah dilantik menjadi setiausaha institusi ini. Pejabat sementara pentadbiran ini telah ditempatkan di pejabat Sultan yang terletak berhampiran dengan Istana Kota Klang setelah mendapat restu dan keizinan Baginda. Pembiayaan pengurusan adalah bersumberkan daripada peruntukan diraja.


Penubuhan Jabatan ini membantu usaha kerajaan dalam mengekang perkembangan fahaman komunis di Tanah Melayu di samping memperbaiki akhlak dan kepercayaan orang Melayu pada masa itu. Setelah dirujuk susunan pentadbiran Jabatan Agama Islam Johor berasaskan satu lawatan ke Jabatan Agama Islam Johor pada 1946, Undang-undang Tubuh Negeri Selangor telah digubal pada tahun 1947 meliputi hal penubuhan Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu. Rentetan daripada perkembangan ini, tertubuhlah secara rasminya Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam pada bulan Januari 1948. Bangunan lama Kelab Diraja Selangor dipilih sebagai pejabat pentadbirannya.

VISI:

TERBAIK, BERTARAF DUNIA DAN DIREDHAI ALLAH S.W.T

MISI:

MELAHIRKAN UMMAH YANG BERIMAN DAN BERTAQWA MELALUI PENGURUSAN HAL EHWAL ISLAM SECARA HIKMAH, AMANAH DAN BERKESAN


MOTO:

CEKAP, CEPAT & BERKUALITI


OBJEKTIF:

- Memperkasakan keupayaan dan kapasiti organisasi bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pentadbiran Islam.

- Memperkasakan sistem pendidikan Islam bagi melahirkan modal insan yang soleh.

- Memperkasakan agenda dakwah kontemporari secara holistik dan bersinergi ke arah pembentukan khaira ummah berpaksikan Al-Quran, as-Sunnah, Ijmak' Ulamak dan Qiyas.

- Memantapkan pentadbiran undang-undang Islam ke arah mendaulatkan pelaksanaan syariat Islam.

- Memperkukuhkan perpaduan ummah untuk meningkatkan kesejahteraan dan keharminian ummah ke arah pembentukan Baldatul Toyibatun Wa Rabbun Ghafur.

- Memperkasakan teras agama Islam bagi mengukuhkan penghayatan Islam yang syumul.

- Memperkasakan institusi keluarga bagi melahirkan ummah berkebajikan dan negeri sejahtera.

- Memperkasakan pengurusan halal di Negeri Selangor yang lebih mesra industri, diyakini pengguna dan menonjolkan imej good governance.

- Membangunkan pengetahuan dan keupayaan melalui latihan yang berprestasi tinggi bagi melahirkan penjawat awam yang berintegriti dan muttaqin untuk menjayakan dasar jabatan dan agenda negeri secara berkesan.

Follow Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) on Facebook

Location

Jabatan Agama Islam Selangor

BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH, TING.1 MENARA SELATAN, No.2 PERSIARAN MASJID, SEKSYEN 5 40676, SHAH ALAM SELANGOR DARUL EHSAN

Other Organisations to Follow