Close
- Maghrib Ishak
Submit Information
Waktu Solat: Kuala Lumpur, Putrajaya - | Subuh | Syuruk | Zuhur | Asr | Maghrib | Ishak
Followers: 2
Follow Updates
Profile

Datuk Dr. Mohd Daud Bakar

Datuk Dr. Mohd Daud Bakar adalah insan dengan pelbagai bakat. Dari seorang intelektual Syariah kepada penasihat Syariah dan usahawan Syariah, beliau sentiasa dahagakan lebih banyak wadah bagi menyumbang kepada dunia sejagat. Beliau adalah Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan dan Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa.

Beliau juga menganggotai banyak Badan Penasihat Syariah institusi kewangan Islam di seantero benua. Sebelum mengasaskan syarikat khidmat nasihat kewangan Islam, Amanie Advisors, beliau pernah menyumbang bakti sebagai Timbalan Naib Canselor di Universiti Islam Antarabangsa. Di bawah kepimpinan keusahawanan dan pengurusan strategiknya, Amanie Advisors tampil cemerlang dengan meraih anugerah ‘Infrastruktur Pengetahuan Ekonomi Islam’ oleh Duli Yang Teramat Mulia, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE serta Pemerintah Dubai di Sidang Kemuncak Ekonomi Islam Global 2015. Sebelum itu, pada 2014, Dr. Mohd Daud dianugerahkan gelaran ‘Tokoh Perdana Anugerah Maulidur Rasul 2014’ oleh Yang di-Pertuan Agong sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan.

Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sg Korok Baru, Alor Star, Kedah (1970-1976), Maktab Mahmud (1977-1979) dan Kolej Islam Klang (1980-1983). Beliau melanjutkan pengajian dalam bidang Syariah di University of Kuwait (1983-1988) dan seterusnya memperoleh Ph.D. dari University of St Andrews, United Kingdom (1990-1993). Beliau terus menggali ilmu dan berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Jurisprudens di Universiti Malaya, Kuala Lumpur (1996-2002). Sejak itu, beliau memacu kehidupan intelektual dan profesionalnya bagi menyumbang kepada dan mendewasa bersama industri kewangan.

Sepanjang dua dekad dan hinggalah ke hari ini, Dr. Mohd Daud kian aktif dan menjadi antara pendokong terbilang kewangan Islam.

Other Speakers to Follow