Close
- Maghrib Ishak
Submit Information
Waktu Solat: Kuala Lumpur, Putrajaya - | Subuh | Syuruk | Zuhur | Asr | Maghrib | Ishak

KELAS BIMBINGAN SAUDARA BARU

Sunday, 9am-12:30pm | Malay
Pusat Komuniti IKRAM Ampang Jaya

KELAS BIMBINGAN SAUDARA BARU

Kelas yang diadakan bagi membantu saudara baru yang telah memeluk Islam. Kelas ini adalah PERCUMA. Antara pengisian kelas adalah :

1. Latihan Praktikal Solat
2. Pendedahan kepada Ilmu TAUHID, FEKAH dan SIRAH
3. Aktiviti Luar (Outdoor Gathering)

Kelas akan dibimbing oleh Ustaz Faiq dari Hidayah Centre Foundation.

Details

Kelas Bimbingan Saudara Baru ini diadakan secara berterusan setiap AHAD

Hubungi:
Ustaz Faiq, 011-2402-5934

Location

Pusat Komuniti IKRAM Ampang Jaya

277, Jalan Bandar 11, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Selangor, Malaysia

Organisers

Hidayah Centre Foundation

Latarbelakang Hidayah Centre (HC) telah ditubuhkan pada tahun 2005 sebagai satu institusi yang berkhidmat untuk menghubungkan komuniti daripada pelbagai etnik dan agama di Malaysia. Khidmat dan aktiviti HC adalah tertumpu kepada masyarakat berbilang bangsa dan agama, serta mualaf yang memerlukan bantuan dan bimbingan dalam pelbagai aspek. Pada 29 Februari 2012, The Trustees of Hidayah Centre Foundation Registered atau lebih dikenali sebagai Hidayah Centre Foundation, telah diperbadankan secara rasmi di bawah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan nombor pendaftaran PPAB-14/2012. Visi Hidayah Centre Foundation menjadi organisasi rujukan dalam perkongsian Islam dan pemerkasaan Mualaf. Misi Hidayah Centre Foundation ditubuhkan bagi membudayakan perkongsian keindahan Islam, membetulkan salah faham tentang Islam dan memperkasakan Mualaf. Untuk mencapai misi ini, kami mengambil pendekatan yang menyeluruh dan sistemik, dengan penuh rasa tanggungjawab dan prihatin terhadap masyarakat. Nilai Korporat Hubungan efektif dengan bukan Islam Sokongan saudara baru yang mantap Berlandaskan prinsip Syariah Kecekapan tadbir urus Projek berimpak tinggi Semangat Kekeluargaan Budaya Kerja Cemerlang Ibu Pejabat Hidayah Centre Foundation Lot 300.3, Lorong Selangor, Pusat Bandar Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Malaysia

Speakers

Hilwan

Comments