Close
21-Nov-2024 - 19 JamadulAwal 1446 Maghrib 19:00Ishak 20:13
Submit Information
Waktu Solat: Kuala Lumpur, Putrajaya 21-Nov-2024 - 19 JamadulAwal 1446 | Subuh 05:50 | Syuruk 06:59 | Zuhur 13:02 | Asr 16:24 | Maghrib 19:00 | Ishak 20:13
Views: 3387

Ilusi Minda : Kenali Impak Negatif Pornografi

[Event has ended]
Sat, 27 December 2014, 8am - 4:30pm | Malay
Universiti Kebangsaan Malaysia
Tuan Khairul Azhar Idris

http://ilusiminda.blogspot.com/

Fees: RM 30

Ilusi Minda akan menganjurkan program pertama kepada orang awam untuk tujuan mendidik dan memperkasakan sistem kepercayaan tentang kesan pornografi dalam kehidupan. Program ini dirangka dengan mendedahkan pengalaman dan kajian secara saintifik tentang impak negatif virus minda ini.

Pornografi adalah satu bencana yang telah sekian lama menyerap masuk ke dalam minda masyarakat, orang dewasa dan tidak terlepas juga golongan remaja belia. Impaknya sangat ketara dan amat membimbangkan kerana berdasarkan penyelidikan terkini oleh ahli bedah saraf dari Hospital San Antonio, Amerika Syarikat, Donald L. Hilton Jr MD ada mengatakan bahawa, ketagihan pornografi mengakibatkan otak bahagian tengah depan yang disebut Ventral Tegmental Area (VTA) secara fizikalnya mengecil.

Hilton menegaskan lagi; “Pornografi menimbulkan perubahan tetap pada neuorotransmiter dan melemahkan fungsi kawalan. Ini yang membuat orang-orang yang sudah ketagihan tidak dapat lagi mengawal kelakuannya, serta ketagihan pornografi juga menyebabkan gangguan pada memori. Keadaan itu, tidak berlaku dalam waktu yang singkat” dan kerosakan otak akibat ketagihan pornografi adalah yang paling serius, lebih serius dari ketagihan cocain (dadah).”

Ilusi Minda ingin berkongsi dan menyeru masyarakat supaya memandang serius akan impak virus minda ini agar ia tidak terus menerus tersebar pada generasi akan datang. Manfaatnya adalah amat besar kerana generasi yang bebas dan kebal dengan pornografi mampu mengoptimumkan potensi diri kepada perkara yang baik.

Details

** JEMPUTAN KHAS

Tuan Khairul Azhar Idris - Felo @ IKIM dan panel di dalam Program Psikologi & Kesihatan Mental di IKIM.fm

** Perkongsian khas dari panel jemputan menerusi aspek psikoterapi dan kesihatan mental. Beliau akan berkongsi pengalaman mengendalikan kes, teori dan kajian terkini mengenai impak negatif pornografi dalam aspek psikologi, tingkahlaku dan neurosains. Pasti banyak perkara yang bakal dikongsikan oleh beliau! Jangan lepaskan peluang ini!


** KANDUNGAN PROGRAM

1. Kenali Musuh Anda; Pornografi dan Bukan Habit.
2. Fakta Saintifik Tentang Impak Pornografi.
3. Kesan Pornografi Pada Body-Mind-Soul.
4. Kitaran Ketagihan Model Ilusi Minda.
5. How To Train Your Dragon?
6. Integriti Seksual.
7. Psikoterapi.
8. Pengalaman dan dapatan dari lapangan sempena
program Anda Bijak Jauhi Zina sebagai pengajaran.
9. Pengalaman mengendalikan kes kaunseling dan terapi
bersama 'clients' sebagai iktibar.
10. Tips keluar dari ketagihan pornografi



** JADUAL PROGRAM

7.30-8.30pg Pendaftaran

8.30-9.00pg INPUT1: Pembukaan program/ Ice breaking

9.00-11.00pg INPUT2: Tuan Khairul (IKIM)

11.00-11.30pg BREAK

11.30-1.30ptg INPUT 3: Ilusi Minda 1

1.30-2.15ptg BREAK

2.15-4.30ptg INPUT 4: Ilusi Minda 2 + Bengkel

4.30-5.00ptg Sesi bergambar/ Bersurai


** TIKET PROGRAM

RM30/ perseorangan
*Makanan tidak disediakan oleh pihak penganjur.

Pembayaran kepada Raudhatus Sakinah Master Training & Consultancy RHB 26233500025576

Organisers

Raudhatus Sakinah Pusat Bimbingan Remaja Putri

Visi Visi kami: 'Menjadi satu institusi pilihan bagi pembangunan insan yang membawa imej sej...

Speakers

Tuan Khairul Azhar Idris

Comments