Close
- Maghrib Ishak
Submit Information
Waktu Solat: Kuala Lumpur, Putrajaya - | Subuh | Syuruk | Zuhur | Asr | Maghrib | Ishak
Views: 4504

KURSUS KAEDAH MENGAJAR BAHASA ARAB AT-TAISIR - Untuk Guru & Ibu Bapa // DUNGUN

[Event has ended]

Siri jelajah Kursus Kaedah Pengajaran Bahasa Arab: At-Taisir FilArabiyyah

Matlamat dan Objektif Kursus:
------------------------------
* Menerangkan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Arab Sekolah Rendah Islam Ikram-Musleh yang baharu.
* Menerangkan konsep pengajaran bahasa Arab kepada bukan Arab.
* Menerangkan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa kedua.
* Menerangkan Rancangan Tahunan dan menunjukkan contoh Rancangan Mengajar.
* Menerangkan pendekatan asas buku at-Taisir fil Arabiyyah, keistimewaan dan penyusunannya.
* Menerangkan pendekatan pengajaran untuk keempat-empat kemahiran berbahasa Arab menggunakan buku at-Taisir fil Arabiyyah.
* Memberi pendedahan dan pelatihan kepada guru-guru bahasa Arab mengenai cara penggunaan buku bahasa Arab At-Taisir fil Arabiyyah.
* Memperkembangluaskan penggunaan buku at-Taisir fil Arabiyyah ke sekolah-sekolah rendah agama swasta selain rangkaian sekolah Ikram-Musleh.
* Melatih guru-guru untuk lebih berkeyakinan dalam menyampaikan pengajaran kepada murid-murid.
* Memberi peluang kepada ibu bapa yang berminat untuk belajar kaedah mengajar bahasa Arab dan membantu anak di rumah.


KEBAIKAN at-Taisir fil Arabiyyah
--------------------------------

* Ibu bapa dan guru lebih mudah mengajar kerana maklumat dan panduan mengajar disediakan di setiap muka surat di bahagian bawah.
* Pelajar akan lebih mudah tertarik untuk mempelajari bahasa Arab dengan adanya buku yang berwarna-warni, ilustrasi dan reka letak yang menarik.
* Guru dan ibu bapa boleh mempelbagaikan pengajaran dan pembelajarannya dengan adanya bahan sokongan seperti DVD interaktif, poster, kamus, dan kad imbasan.
* Pelajar juga boleh menambah pembacaan dan memperkayakan kosa katanya dengan bacaan santai yang tersedia di ‘Taman Bacaan' di bahagian akhir buku teks.
* Pelajar yang telah tamat mengikuti buku 1-6 bersedia untuk mempelajari agama Islam dalam bahasa Arab di tingkatan 1.
* Guru disediakan dengan pelbagai aktiviti yang mudah tapi menyeronokkan terutamanya yang menekankan kemahiran bertutur di kalangan pelajar di sepanjang modul 1 hingga 6.

Details

ATURCARA KURSUS

HARI PERTAMA
------------
9.00 pg. : Pendaftaran & makan pagi

9.30 pg. : Sesi 1
i Konsep/Prinsip Pengajaran Bahasa Arab Kepada Bukan Arab
ii Penguasaan dan elemen Bahasa Arab
iii Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab Sebagai Bahasa Kedua
v Kajian Keperluan Pengajaran Bahasa Arab di sekolah- sekolah Islam

11.30 pg. : Rehat

11.45 pg. : Sesi 2
i Sukatan Pelajaran Bahasa Arab SRI
ii Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Arab SRI
iii Rancangan Mengajar: Tahunan dan harian

1.00 ptg. : Rehat, Makan, Solat

2.30 ptg. : Sesi 3
i Pendekatan buku at-Taisir fil Arabiyyah
ii Keistimewaan dan penyusunan buku at-Taisir fil Arabiyyah

3.15 ptg. : Rehat

3.30 ptg. : Sesi 4
i Pendekatan Pengajaran Kemahiran Mendengar bagi tahap 1 dan 2
ii Latihan dalam kumpulan

4.30 ptg. : Sesi 5
i Pendekatan Pengajaran Kemahiran Bertuturbagi tahap 1
ii Latihan dalam kumpulan

5.30 ptg. : Bersurai


HARI KEDUA
----------
9.00 pg. : Makan pagi

9.30 pg. : Sesi 6
i Pendekatan Pengajaran Kemahiran Bertutur bagi Tahap 2
ii Latihan dalam kumpulan

10.45 pg. : Rehat

11.00 pg. : Sesi 7 bagi tahap 1 dan 2
ii Latihan dalam kumpulan

1.00 ptg. : Rehat, Makan, Solat
ii Latihan dalam kumpulan

3.45 ptg. : Sesi 9
i Pendekatan Pengajaran Kemahiran Menulis Tahap 1 dan 2
ii Latihan dalam kumpulan

4.45 ptg. : Sesi Perbincangan
5.15 ptg. : Bersurai

DAFTAR SEKARANG
TEMPAT TERHAD!

---------------
MAKLUMAT LANJUT
---------------

Untuk Maklumat Lanjut Hubungi:

Hotline: 03-4143-4343
Whatsapp: 019-242-9737
Email: attaisir@alameenserve.com

Location

SRI Al-Amin Dungun

SRI Al-Amin Dungun, 108-B, Lorong 1 Kanan, Balai Besar, 23000 Dungun, Terengganu.

Organisers

Pendidikan Ikram Musleh Bhd (Ikram Musleh)

Ibu Pejabat MUSLEH 9, Jalan Dgang SB 4/1, Taman Sg. Besi Indah Seri Kembangan Selangor 43300 Malay...

AL AMEEN EDUCARE

Tentang Ameen Educare Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat bumiputera yang...

Speakers

Dr Muhammad Azhar Zailani

Dr. Azhar, memperolehi sarjana muda bahasa Arab di Universiti Morocco dan kemudian sarjana dan PHd d...

Comments



Related Events