Close
- Maghrib Ishak
Submit Information
Waktu Solat: Kuala Lumpur, Putrajaya - | Subuh | Syuruk | Zuhur | Asr | Maghrib | Ishak
Followers: 1
Follow Updates Organisation

AL AMEEN EDUCARE

Tel: +603 4143 4343Fax: +603 4149 1414www.ameeneducare.com
Tentang Ameen Educare

Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat bumiputera yang memberi tumpuan aktiviti dalam bidang penyelidikan dan penerbitan pendidikan kanak-kanak daripada peringkat prasekolah sehingga sekolah rendah. Antara bahan pendidikan utama yang telah dihasilkan ialah ‘Cepat Baca – Kaedah Cepat Membaca Bahasa Melayu’, ‘I Can Read – Kaedah Cepat Membaca Bahasa Inggeris’, ‘ Bacalah Jawi – Kaedah Cepat Membaca Jawi’, ‘Al-Barqy – Kaedah Cepat Membaca al-Quran’, ‘Tajwid al-Barqy’ –Kaedah Mudah Belajar Tajwid, ‘Cepat Matematik’, ‘Awal Sains’, ‘At-Taisir fil Arabiyyah’ –Kaedah Mudah Berbahasa Arab dan buku-buku Pendidikan Islam untuk Rangkaian Sekolah Rendah Islam IKRAM –Musleh.

Dalam masa yang sama, Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd turut melaksanakan program pelatihan sebagai pelengkap kepada bahan-bahan yang telah dihasilkan. Sejak penubuhan pada tahun 1996 Al-Ameen Serve telah menganjur dan mengendalikan kursus-kursus pelatihan untuk guru-guru dan ibu bapa di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, Brunei, Thailand dan Indonesia menggunakan jenama Ameen Educare. Al-Ameen juga telah bekerjasama dengan beberapa buah institusi seperti Kolej Uniti dan PERTIM dalam bidang pelatihan ini.

Al-Ameen kini telah mengembangkan sayap ke Thailand dan Indonesia dengan menubuhkan anak syarikat di sana di bawah nama Ameen Educare.

VISI DAN MISI

Visi: Menyusun dan memperkasakan sistem pendidikan Islam yang terbaik di Nusantara Melayu serta dunia Islam.

Misi: Mencapai kecemerlangan dalam bidang penerbitan dan penghasilan bahan pendidikan berasaskan Pendidikan Islam.






Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd AJL 931362
2-1, Tgkt 1 Jln 9/23A Medan Makmur off Jalan Usahawan, Setapak,
53200 Kuala Lumpur, Malaysia.

Latitude 3.19772 Longitude 101.71977
Tel: +603 4143 4343 Faks: +603 4149 1414

Follow AL AMEEN EDUCARE on Facebook

Location

Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd

2-1, Tgkt 1 Jln 9/23A Medan Makmur off Jalan Usahawan, Setapak, 53200 Kuala Lumpur, Malaysia.

Other Organisations to Follow