Close
- Maghrib Ishak
Submit Information
Waktu Solat: Kuala Lumpur, Putrajaya - | Subuh | Syuruk | Zuhur | Asr | Maghrib | Ishak
Followers: 1
Follow Updates Organisation

Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

Tel: 603-8921 8500Fax: 603-8921 8499http://www.ilim.gov.my/
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Jalan Maktab, Seksyen 12
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor



Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah ditubuhkan pada 1 Januari 1997. Sebelum itu ia dikenali sebagai Institut Dakwah dan Latihan Islam (INDAH), Bahagian Ugama Jabatan Perdana Menteri (JPM). INDAH ditubuhkan pada April 1974. Penubuhan INDAH bagi memenuhi hasrat dan cita-cita umat Islam di Malaysia yang ingin melihat penubuhan sebuah institut latihan yang bertanggungjawab melaksanakan program latihan di peringkat pusat. INDAH ditubuhkan hasil dari Persidangan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Keenam pada 16 Disember 1971 yang dipengerusikan oleh YAB Tun Abdul Razak bin Haji Hussein Perdana Menteri Malaysia yang ke-2.

Selaras dengan pembesaran fungsi Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) maka pada 1 Januari 1997 INDAH telah bertukar dan diwujudkan tiga bahagian iaitu Dakwah, Latihan dan ILIM. ILIM mula beroperasi di Bandar Baru Bangi Selangor mulai Julai 1999 dengan penubuhan dua pusat pengajian iaitu :

Pusat Pengajian Hal Ehwal Islam (PPHEI)
Pusat Pengajian Undang-Undang dan Mahkamah Syariah (PPUMS)

Selaras dengan perkembangan struktur organisasi dan pertambahan perjawatan baru, Bahagian Latihan ILIM mempunyai tujuh pusat dan satu unit yang bertanggungjawab melaksanakan program latihan iaitu:

Pusat Bahasa (PB)
Pusat Pengajian Sains Dakwah (PPSD)
Pusat Pengurusan dan Undang-undang Islam (PPUI)
Pusat al-Quran dan Ilmu Teras (PQIT)
Pusat Ekonomi dan Kewangan Islam (PEKI)
Pusat Pembangunan Keluarga Islam (PKKI)
Pusat Teknologi Maklumat (PTM)
Unit Pembangunan Latihan & Penerbitan (UPLP)

Manakala Bahagian Khidmat Pengurusan dilengkapi dengan lima unit berikut bagi memantapkan pentadbiran dan pengurusan ILIM iaitu:
Unit Pentadbiran & Sumber Manusia
Unit Perpustakaan
Unit Kewangan
Unit Domestik
Unit Pengurusan Aset

Kehebatan ILIM dalam merealisasikan visi, misi, fungsi dan objektif adalah hasil kepimpinan dan komitmen tinggi pengarah terdahulu dan sekarang. Sejak ditubuhkan, ILIM telah diterajui oleh lima orang pengarah iaitu:

Haji Abdullah Fahim Bin Abdul Rahman (3 Julai - 15 November 1998)
Haji Md. Zaki Bin Ab. Manan (9 Februari 1999 - 28 Jun 2004)
Datuk Haji Ahmad Mustafa Bin Haji Karim (3 Januari 2005 - 7 Disember 2007)
Haji Paimuzi Bin Yahya (12 Disember 2007 - 15 Disember 2010)
Che Ibrahim bin Che Man (16 Disember 2010 - 5 Disember 2011)
Hajah Pauzaiyah binti Haron (14 Disember 2011 - sekarang)

Follow Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) on Facebook

Other Organisations to Follow