Close
Login
- Maghrib Ishak
Submit Information
Waktu Solat: Kuala Lumpur, Putrajaya - | Subuh | Syuruk | Zuhur | Asr | Maghrib | Ishak
Followers: 3
Follow Updates Organisation

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Tel: +6019-2881300Fax: +603-4108 2400Email: sap@abim.org.myhttp://www.abim.org.my
Sekretariat ABIM Pusat
No. 6, Jalan TC 2A/2
Taman Cemerlang
53100 Kuala Lumpur


ABIM adalah sebuah gerakan yang bertunjangkan ilmu (knowledge-based) dan memilih untuk mengambil sikap terbuka serta sederhana (moderate) berasaskan realiti masyarakat setempat di samping memegang teguh prinsip-prinsip Islam serta kesepaduan ilmu, iman dan amal dalam rangka pembangunan manusia. Walaupun ABIM menangani isu-isu politik, namun ia sentiasa bersikap non-partisan; bebas dan tidak memihak atau tunduk kepada kepentingan mana-mana parti-parti politik.

Visi ABIM: 'Membina Dan Memimpin Tamadun Khayra Ummah'

Misi ABIM: 'Gerakan Islam Yang Komprehensif untuk Merealisasikan Cita-cita Islamiyyah'

Budaya ABIM:

Menghayati Budaya Ilmu,
Menghayati Amalan Kerohanian,
Menghayati Amal Shura dan Amal Jama’iyy,
Memahami dan Melibatkan Diri Pada Isu Semasa, dan
Menghayati Ruh - Jihad fi Sabilillah.


Kaedah Perlaksanaan:

Menimbulkan kesedaran Islamiah melalui penerbitan-penerbitan, ceramah-ceramah, forum-forum, simposium-simposium, seminar-seminar dan lain-lain di kalangan masyarakat;
Menggalakkan penubuhan kumpulan-kumpulan pengkajian Islam (usrah) di dalam gerakan ini;
Menggalakkan penyelidikan dan pengkajian di dalam bidang-bidang dan hal-hal yang berkenaan dengan Islam;
Melatih petugas-petugas dakwah Islamiah;
Menjaga dan memupuk ukhuwwah Islamiah di dalam dan di luar gerakan, sama ada di dalam mahupun di luar negeri;
Menegakkan yang ma’aruf dan mencegah yang mungkar;
Bekerjasama dengan lain-lain pertubuhan Islam yang benar-benar mendokong cita-cita Islamiah.

Follow Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) on Facebook

Location

Secretariat ABIM Pusat

No 6, Jalan TC 2A/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur.