Close
30-Sep-2026 - 18 RabiulAkhir 1448 Zuhur 13:06Asar 16:16
Submit Information
Waktu Solat: Kuala Lumpur, Putrajaya 30-Sep-2026 - 18 RabiulAkhir 1448 | Subuh 05:54 | Syuruk 07:00 | Zuhur 13:06 | Asr 16:16 | Maghrib 19:08 | Ishak 20:17
Follow Updates Organisation

Fetya Resources

Fetya Resources telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 2009. Perancangan asal penubuhan adalah bagi mewujudkan sebuah wadah untuk menggembeling tenaga dan intelektual mahasiswa dalam dan luar negara untuk kembali berkhidmat dan menyantuni masyarakat khususnya para pelajar di peringkat sekolah menengah dan institut pengajian tinggi (IPT). Semenjak projek ini dilancarkan pada 2009 dan semakin aktif pada 2010, kami telah mula mengelola pelbagai program berbentuk tarbiyah, bengkel, motivasi dan perkongsian di sekolah-sekolah sekitar Putrajaya, Seri Kembangan, Kajang dan Bandar Baru Bangi secara khusus dan kolektif.

Seterus itu pada 2013, kami telah menceburi projek kemasyarakatan dimana fokus utama adalah pembinaan remaja yang datang daripada keluarga yang sederhana dan berpendapatan rendah. Inisiatif bersejarah ini berpusat di Putra Heights dan Bandar Putra Permai, Selangor. Dengan aktiviti intensif dan pertemuan berkala seminggu sekali telah membuka nuansa yang lebih luas dan erti sebuah perjuangan yang masih panjang. Belum sempurna peribadi soleh seorang pemuda sebelum dia mensolehkan yang lain.

Location

tilmisani research & training centre

Tilmisani Research & Training centre B-7-3, Jalan Atmosphere 3, The Atmosphere, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Other Organisations to Follow