Close
- Maghrib Ishak
Submit Information
Waktu Solat: Kuala Lumpur, Putrajaya - | Subuh | Syuruk | Zuhur | Asr | Maghrib | Ishak
Follow Updates Organisation

Alunan Firdausi

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam dan selawat ke atas Rasulullah, nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

Semoga ilmu, hati, minda dan perbuatan kita seiring dengan perintah Allah dan mengikut sunnah baginda Rasulullah.

Visi Alunan Firdausi Entertainment (AFE) bermula sejak Mei 2010. Kami dapati terdapat banyak ruang kosong bagi Muslim berusaha untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat yang tenggelam dalam budaya hedonism di mana dosa sering disalah ertikan sebagai amalan baik.

Langkah pertama AFE adalah dalam penyertaan acara seperti perkahwinan kerana ia adalah salah satu cara yang mudah bagi menyampaikan dakwah. Alhamdulillah, selepas dua tahun AFE makin berkembang. Kami masih lagi berusaha untuk mencari bukan sahaja cara untuk memberikan produk dan servis yang terbaik kepada pelanggan kami, tetapi secara keseluruhannya dari segi rohaniah, zahiriah, ukhrawi dan duniawi in shaa Allah.

Falsafah dalam solat iaitu sebelum, sedang dan selepas solat diterapkan dalam setiap perbuatan dan akhlak team kami sebaik mungkin; sebagai hamba Allah yang lemah dan juga sebagai production team bagi memenuhi keperluan majlis anda.

Allah tidak akan melihat kepada hasilnya tetapi Allah pasti melihat usaha yang telah dilakukan oleh hambanya.

Semoga kita semua sentiasa, HATI CERIA, ISLAM TERPELIHARA

Follow Alunan Firdausi on Facebook

Location

Alunan Firdausi

No. KG-11, Blok K, Jalan 5/6, Seksyen 5, Bandar Teknologi Kajang, 43000 Kajang, Selangor Malaysia

Past Events

Other Organisations to Follow