Close
07-Nov-2026 - 27 JamadulAwal 1448 Syuruk 06:56Zuhur 13:00
Submit Information
Waktu Solat: Kuala Lumpur, Putrajaya 07-Nov-2026 - 27 JamadulAwal 1448 | Subuh 05:48 | Syuruk 06:56 | Zuhur 13:00 | Asr 16:21 | Maghrib 18:58 | Ishak 20:10
Follow Updates
Profile

Dr. Abdul Basit

Dr. Abdul Basit bin Abdul Rahman merupakan anak kelahiran Kelantan Darul Naim. Beliau dikenali dengan kunyahnya Abu Anas Madani.

Dr. Abdul Basit mendapat pendidikan awal di Madrasah Muhammadiah, Pondok Sungai Durian, Kelantan. Kemudian beliau menyambung pengajian di Universiti Islam Madinah dalam bidang Syariah.

Dr. Abdul Basit memperolehi ijazah sarjana muda, sarjana (master) dan doktor falsafah (PhD) daripada Universiti Islam Madinah. Beliau merupakan anak Malaysia ketiga yang berjaya memperolehi PhD daripada universiti terulung tersebut.

Dr. Abdul Basit merupakan seorang yang aktif dalam bidang dakwah melalui penulisan, kuliah-kuliah, dan pembentangan kertas kerja di seminar-seminar. Beliau juga sering muncul dalam rancangan agama di kaca televisyen.

Sekarang beliau merupakan penyelia di Pondok Sungai Durian dan pensyarah di Jabatan Syariah, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra Kelantan.

Other Speakers to Follow