Close
Login
- Maghrib Ishak
Submit Information
Waktu Solat: Kuala Lumpur, Putrajaya - | Subuh | Syuruk | Zuhur | Asr | Maghrib | Ishak
Follow Updates
Profile

Ahmad Shafiai Uda Jaafar

Ahmad Shafiai Uda Jaafar atau lebih mesra dengan panggilan Pak Utih, memiliki Master Sc Development Training and Education (Wolverhampton), B Sc Agriculture (UPM), Cert Education (Wolverhampton) dan Dip Agriculture (UPM).

Aktivis kemanusiaan sejak 1992 dan sekarang melalui Success Together Consulting mengendalikan ceramah, bengkel Mahligai Kasih Suami Isteri dan Pintar Gender (memahami perbezaan keperluan dan kehendak lelaki dan wanita) untuk kakitangan Jabatan-jabatan kerajaan, MARA, anggota Polis PDRM, warga kerja swasta dan penuntut pelajar Malaysia di dalam dan luar Negara.

Menganjurkan banyak kursus-kursus pengurusan seperti pintar gender, pengurusan masa, pengurusan stress, komunikasi berkesan, penyeliaan berkesan, pengurusan majlis dan bina pasukan untuk kakitangan kerajaan dan swasta di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.

Pengalaman beliau sebagai Guru Pertanian Institut Pertanian Kuala Lipis, Pensyarah ITM Arau, Pengurus ITTAR Alor Star dan CEO Madrasah Al-Irsyad Al-Islamiah Singapura, telah banyak membantunya mencipta modul-modul kursus yang berkaitan dengan perhubungan suami isteri.

Semasa melanjutkan pelajarannya di UK, 1994, beliau banyak mengendalikan ceramah membicarakan isu perhubungan suami isteri melalui Unit Kaunseling Islah UK dan Majlis Syura Muslimun kepada masyarakat melayu di sana. Sekembali ke tanahair, beliau mendapat tauliah daripada JAKIM mengendalikan modul komunikasi dan pengurusan konflik rumah tangga bagi peserta Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Keluarga Islam yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis. Beliau pernah ke udara setiap pagi isnin dan selasa di dalam segmen “Rangsang Minda” terbitan RTM Pulau Pinang (1996-1998) dan di RTM Johor Bharu (2000) setiap pagi jumaat, sabtu dan ahad membicarakan isu-isu komunikasi suami isteri dan 2005-2006 ke udara setiap petang selasa segmen “Cakap Tuan Puan” di Radio Warna Singapura.

Beliau banyak menulis artikel mengenai kekeluargaan di dalam majalah-malajah tempatan. Sekarang, selain dijemput mengendalikan ceramah dan kursus, beliau juga adalah bekas Pengarah Helping Boys Nurturing Girls, Kolej UNITI yang membangun sistem pendidikan pra sekolah yang “mesra lelaki”.

Buku Beliau:

https://islamicevents.my/khidmah/45





Other Speakers to Follow