Close
LoginRegister
Submit Information
Waktu Solat: Kuala Lumpur 17 Disember 2017 - 28 RabiulAwwal 1439 | Subuh 5:50 | Syuruk 7:10 | Zuhur 13:12 | Asr 16:35 | Maghrib 19:08 | Ishak 20:23
Views: 1531
PELANCONGAN

PAKEJ PELANCONGAN Yuk Ke Ledang

Ends: February 29, 2016 Get this now »

Package Details



3H2M YUK KE LEDANG
-------------------

Hari Pertama
------------

Aktiviti:

* Menikmati makan tengah hari hidangan Ikan Baung
* Melihat petani menternak Rusa
* Melihat industri kecil mee siput
* Melihat kawasan sawah padi
* Aktiviti memancing Ikan, bermain layang-layang, menganyam ketupat dan minum teh
* Melihat kunang-kunang malam
* Makam Malam suasana desa

Destinasi YUK KE LEDANG adalah sebuah destinasi pelancongan baharu di Johor. Pelancogan agro ini menawarkan tempat-tempat yang menarik yang terdapat di sini. Ledang masyhur sebagai kawasan pertanian dengan ribuan hektar tanah ditanam dengan padi, sayur-sayuran, buah-buahan dan tanaman lain. Sebagai panduan, sebahagian daripada tanaman tersebut ada dipamirkan di Pejabat Pertanian Sawah Ring.

Di sini anda berpeluang melihat petani menternak rusa .
Juga, melihat industri kecil mee siput sambil menikmati makanan tradisi ini.

Kemudian, anda akan menyusuri sawah padi yang luas terbentang dengan pemandangan Gunung Ledang yang indah. Di sini terdapat kira-kira 600 hektar sawah. Sebahagian besar adalah ditanam dengan beras wangi dan akan mengeluarkan hasil setelah 4 bulan ditanam. Beras wangi ini adalah dari jenis MRQ76 dan dibungkus dengan menggunakan jenama Beras Wangi D'Ledang .

Banyak aktiviti menarik boleh dilakukan di sini seperti memancing ikan di sawah padi, bermain layang-layang dan melihat bagaimana menganyam daun ketupat sambil menikmati minum teh.

Walau bagaimana pun, anda terpaksa meninggalkan kemeriahan ini pada jam 6 petang, kerana mengikuti satu lagi keunikan pakej pelancongan ini, iaitu melihat kunang-kunang dan keindahan malam.

Anda dikehendaki berada di Jeti Kunang-kunang pada jam 7.30 malam.

Kepulangan anda dari melihat keindahan malam akan disambut dengan makan malam yang menyelerakan. Tidak ketinggalan otak-otak yang menjadi makanan kegemaran penduduk setempat.


Hari Kedua
-----------

Aktiviti:

* Menaiki bot
* Menikmati juadah mee Bandung dan Ketupat
* Melihat petani mengambil madu kelulut
* Makan Asam pedas - Juadah tengah hari
* Lawatan ke industri kecil dan minum teh
* Melawati kawasan pokok kelapa matag dan menikmati air kelapa muda
* Menaiki bot kecil melihat nelayah di Selat Melaka menagkap ikan
* Melihat matahari terbenam di selat melaka
* Makan malam, hasil tangkapan ikan nelayan, juadah seafood dan tiram segar


Menaiki bot . Daerah Ledang dan Daerah Muar dipisahkan oleh Sungai Muar. Di sinilah ujudnya feri penambang kira-kira 50 tahun dahulu. Anda akan dibawa hayati nostalgia feri penambang di sini yang pernah ujud satu masa dahulu. Di sinilah terdapatnya nelayan mengutip tiram segar yang masih kekal hingga kehari ini. Kita berpeluang menaiki bot sambil melihat keindahan Masjid Sultan Ismail. Perjalanan anda menaiki bot sungguh menarik hari ini kerana anda akan dihidangkan dengan makanan istimewa penduduk setempat seperti mee bandung dan ketupat sambil menaiki bot.

Kemudian, anda dibawa untuk melihat petani mengambil madu kelulut. Kelulut, satu-satunya lebah yang tidak mempunyai sengat.

Anda berpeluang menikmati masakan asam pedas semasa makan tengahari.

Kemudian, anda akan dibawa melihat industri kecil sambil menikmati minuman teh.

Selepas itu, anda akan melihat petani mengusahakan kelapa matag sambil menikmati air kelapa muda yang menyegarkan.

Anda berpeluang menaiki bot kecil untuk melihat nelayan ke Selat Melaka menangkap ikan.

Melihat keindahan matahari terbenam.

Pastinya, kedatangan anda disambut dengan keriangan paluan kompang dan seni persilatan serta makan malam seafood yang menyelerakan seperti ikan bakar dan tiram segar.


Hari ketiga
------------

Aktiviti:

* Sarapan pagi
* Lawatan ke pasar industri setempat
* Melawat kaki gunung Ledang
* Berkelah di kawasan air terjun
* Penginapan Hotel disediakan
* Rakan video kenang-kenangan di sediakan


Selepas sarapan pagi hari terakhir lawatan anda ke sini, anda berpeluang membeli produk dari industri setempat sebagai cenderamata.

Seterusnya anda akan melihat petani mengusahakan cendawan sambil menikmati keenakan cendawan segar di sini.

Kemudian anda berpeluang untuk berkelah di Gunung Ledang.

Hotel penginapan berhawa dingin disediakan. Setiap bilik lengkap dengan bilik air dan tilam empuk bagi merehatkan badan anda setelah seharian menikmati kemeriahan di Ledang.

Rakaman video diberi percuma sebagai kenangan lawatan.

PAKEJ TERMASUK:

1.Penginapan: Hotel berhawa dingin
2.Makanan untuk 3H2M, 2 x sarapan, 3 x makan tengahari, 2 x makan malam, 2 x minum petang
3.Makanan untuk 2H1M: 1 x sarapan, 1 x makan tengahari, 1 x makan malam, 1 x minum petang
4.Rakaman video semasa lawatan

TERMA & SYARAT
1.Tempahan melancong akan dibuat setelah menerima bayaran penuh (non-refundable)
2. Senarai tarikan pelancong adalah panduan sahaja. Lawatan ke tempat-tempat menarik, tipping dan tempat penginapan tertakluk kepada pindaan tanpa notis
3.Pelancong dikehendaki menyediakan dokumen perjalanan yang sah dan insuran
4. Sebut harga adalah berpandukan kepada 10 orang peserta dewasa
5. Sebut harga berasingan akan di sediakan jika tidak mencukupi bilangan peserta 10 orang peserta
6. Sebut harga yg diberikan tidak termasuk perbelanjaan peribadi dan kenderaan semasa melancong

Pakej pelancongan di sediakan oleh
MHB TRAVEL & TOURS SDN BHD
KOPERASI IMUARA BHD



JOM, KITA MELANCONG KE LEDANG...

Get your package now


1Select Package 2Your Details 3Make Payment
Package Sales End Cost Qty
3D2N Yuk ke Ledang - 10 pax
3D Days 2 Nights Package
UNTUK 10 PESERTA

PAKEJ TERMASUK:
1.Penginapan: Hotel berhawa dingin
2.Makanan untuk 3H2M, 2 x sarapan, 3 x makan tengahari, 2 x makan malam, 2 x minum petang
3.Rakaman video semasa lawatan
31 Dec 2015MYR 3900Closed
Register »

Merchant

IslamicEvents.MY

IslamicEvents.MY aims to be a one-stop community portal which is dedicated to providing detailed inf...


Comments