PELABURAN SKIM BELI DAN WAKAF PEMBINAAN MASJID AT-TAQWA DESA SERDANG

Ends: August 31, 2016
Package Details
Rasulullah s.a.w bersabda
"Siapa membangun masjid kerana Allah walau seperti sarang burung atau lebih kecil dari itu maka Allah akan membangunkan untuknya satu rumah di syurga" (HR Ibnu Majah)
Latarbelakang Projek Pembangunan Masjid
Sukacitanya di maklumkan bahawa pihak pemegang amanah Masjid At Taqwa, Desa Serdang, Selangor sedang menjalankan projek pembangunan masjid yang meliputi tiga fasa. Pada masa ini kerja-kerja pembinaan fasa 1 sedang dijalankan dan akan di ikuti dengan kerja-kerja fasa ke-2 dan ke-3.
Projek pembangunan atau pembesaran masjid ini dilakukan bagi menyediakan ruang ibadah yang mencukupi dan selasa kepada jemaah masjid. Masjid At Taqwa yang sedia ada sekarang ini tidak dapat menampung bilangan jemaah solat jumaat yang hadir. Ini mengakibatkan ada jemaah yang bersolat di atas jalan dengan kepanasan tengah hari pada setiap kali solat Jumaat.
Lakaran grafik tiga fasa pembangunan masjid ini disertakan. Pihak Masjid memerlukan sebanyak RM 800 ribu untuk membina struktur-struktur asas fasa 2 dan RM 400 ribu untuk fasa 3.
Jualan Lot Wakaf
Bagi membiyai pembangunan masjid ini, pihak pemegang amanah masjid At-Taqwa Taman Desa Serdang telah di beri kelulusan oleh pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) untuk mengumpul dana pembangunan masjid At Taqwa melalui lot Wakaf. Pihak Masjid At-Taqwa membuka kepada sumbangan Lot Wakaf Masjid 1 kaki/persegi dengan harga RM 200.
Pembelian Lot Wakaf Secara Online
Pembelian Lot Wakaf Masjid At-Taqwa tersebut boleh di buat mengunakan sistem Khidmah di IslamicEvents.MY
Rujukan kebenaran dari MAIS
No Rujukan Kebenaran Perbadanan Wakaf Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS):
Bil (11) dlm.PWS/BK/001/09-121
No Rujukan LHDN. 01/35/42/51/179-6.6521
No Warta Kerajaan 14369 bertarikh 27.07.2004
Akaun Bank Masjid At-Taqwa
Semua sumbangan disalurkan ke dalam akaun khas pembangunan Masjid At-Taqwa:
Bank: Maybank
Nama Akaun: Masjid At Taqwa
No Akaun: 5621 4240 6171
Hubungi Pihak Masjid
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, silalah berhubung dengan pagawai dan AJK
Masjid berkenaan:
Nazir Masjid: Prof. Dr. Hj. Rusli Abdullah ( Tel: 019-315 98 20)
Tim. Nazir Masjid: Tn. Hj. Mohd Zin Bin Su ( Tel: 012-326 66 42)
Bendahari Masjid: Tn. Mat Arif Bin Rosli ( Tel: 013-368 45 65)
Biro Ekonomi: Tn. Hj. Mohd Zaini Bin Ramli ( Tel: 013-388 65 35
Sumbangan wakaf anda sangat bermakna ke arah menjayakan projek menaik taraf masjid At-Taqwa
Taman Desa Serdang.
Jom menyumbang...
Service Provider

MASJID AT-TAQWA TAMAN DESA SERDANG
Alamat: Masjid At-Taqwa Taman Desa Serdang, Jalan Desa Serdang 21, 43300 Seri Kembangan, Selangor...