Close
- Maghrib Ishak
Submit Information
Waktu Solat: Kuala Lumpur, Putrajaya - | Subuh | Syuruk | Zuhur | Asr | Maghrib | Ishak
Views: 2385

Jilid Tafsir Fi-Zilal Qur'an


Package Details

Tafsir Fi Zilalil al-Qur'an merupakan karya terbesar dan paling berkesan peninggalan penyusunnya, Asy-Syahid Sayyid Qutb Rahimahullah. Beliau mengambil masa lebih sepuluh tahun menulisnya dan menceritakan di dalamnya intisari eksperimen keimanannya dan intipati pengalamannya di bidang da'wah menegakkan agama Allah s.w.t.

Hasil sebenar dari pengalaman tersebut lahir dalam bentuk tafsir al-Qur'an yang syumul sekurang-kurangnya dalam satu aspek yang banyak difokus dan diberi perhatian oleh penyusunnya iaitu cara pertumbuhan generasi Islam pertama hasil daripada pengaruh al-Qur'an kitab Allah yang agung itu sehingga mencapai tahap tertinggi yang tidak pernah dicapai oleh mana-mana umat lain di dalam sejarah manusia, agar dengan demikian umat Islam hari ini kembali semula kepada kitabnya sekali lagi dan seterusnya memperolehi ilham darinya dan hidup di bawah bayangannya serta tumbuh membesar semula seperti dahulu dan menghapuskan timbunan-timbunan penyelewengan dan kemundurannya sejak berberapa abad yang lampau, dan melaksanakan semula tugasnya sekali lagi unutk kepentingan dirinya sendiri dan kepentingan kemanusiaan sejagat sepertimana yang pernah dilakukan pada masa dahulu iaitu mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya yang terang benderang dengan izin Allah.

Ianya bukan hanya tafsir dalam ertikata menghurai pengertian lafaz-lafaz, walaupun aspek ini tidak ditinggalkan, dan bukan menghuraikan keindahan dan kemu'jizatan ungkapan-ungkapan di dalam al-Qur'an al-Karim walaupun aspek ini juga ada disebutkan, tetapi sejak mula lagi ia menitikberatkan tentang cara keimanan itu tumbuh di dalam jiwa, menerangkan pengaruh keimanan di dalam mewujudkan realiti yang dihayati, menterjemahkan pengertian-pengertian isi kandungan dalam semua aspeknya dengan wahyu al-Qur'an ini, dan seterusnya menjadi realiti Islam sebenar yang dikehendaki dan disukai Allah serta yang telah ditaqdirkan keunggulan di muka bumi.

KIMB telah dilantik oleh Pustaka Darul Iman (PDI) sebagai wakil pemasaran kitab tafsir Fi-Zilal-il-Quran karya As-Syahid Sayyid Qutb. Tafsir Fi-Zilal-il-Quran versi Bahasa Malaysia ini diterjemah oleh Allahyarham Dato' Yusoff Zaky Haji Yacob.

Service Provider

Koperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB)

KIMB merupakan Koperasi Nasional Ke-15 yang telah didaftarkan pada 21 Januari 1994. KIMB ditubuhkan ...

Related Khidmah