Follow Updates
Organisation
Masjid Al-hasanahLatar Belakang
Masjid ini dibina pada tahun 90-an apabila wujudnya Bandar Baru Bangi bagi kegunaan penduduk disekitarnya. Ianya telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Tengku Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Sallehuddin Abd Aziz Shah al-Haj pada tanggal 10 Mac 2000. Konsep Binaan Masjid ini dibina berasaskan senibina moden yang mana terdiri dari batu bata konkrit dan beratapkan genting. Terdapat dua aras solat dimana aras bawah dipenuhi dengan permaidani hijau kuning dan merah yang luas dan bahagian atas untuk kaum wanita pada musim perayaan. Sisipan angin dibuat dibahagian atas dinding bagi memastikan pengudaraan yang baik masuk kedalam masjid. Terdapat juga satu kubah besar yang berwarna hijau dan menara tinggi yang dibina diluar bangunan bagi melambangkan sebuah masjid. |
LocationMasjid Al Hasanah BangiMasjid Al-Hasanah, Persiaran Kemajuan, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. |