Follow Updates
Organisation
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM)PENGENALAN
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) adalah sebuah yayasan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan pada 13 Oktober 1976 dan diperbadankan di bawah Trustee (Incorporation) Act 1952. Bagi menggerakkan potensi dan meluaskan peranannya, YaPEIM telah disusun dan dilancarkan semula pada 20 julai 1984 oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia pada masa itu. WAWASAN “Menjadi sebuah institusi Pembangunan Sosioekonomi yang utama dan Mantap serta mampu berperanan Meningkatkan Martabat dan Kualiti Ummah menjelang 2020? PENYATAAN MISI “Membangun Ummah Melalui Budaya Beramal Jariah” (Membangun Masyarakat melalui Penyempurnaan Tanggungjawab Sosial) FALSAFAH Institusi Berteraskan Konsep Amal Jariah bagi Menangani Keperluan dan Cabaran Semasa Umat dan Negara. NILAI-NILAI UTAMA Nilai-nilai utama yang dihayati dalam budaya korporat YaPEIM : Amanah Jimat Cermat Bertanggungjawab Cekap Profesional Peka OBJEKTIF KORPORAT Menangani Persoalan Masyarakat secara Realistik, Bersepadu, Strategik dan Profesional melalui Usaha Meningkatkan Taraf Sosioekonomi, Mengukuhkan Tradisi Keilmuan, Memantapkan Kebajikan Ummah dan Membangunkan Institusi Islam demi Kepentingan Pembangunan Ummah. Menghidupkan Budaya Amal Jariah dengan Menyediakan Prasarana yang diyakini untuk Masyarakat melaksanakan Sadaqatul Jariah melalui pendekatan Pengurusan Moden. Memperkukuhkan Asas Kekuatan YaPEIM melalui Usaha Memantapkan Pengurusan secara Menyeluruh meliputi Aspek Pengurusan Kewangan dan Pelaburan serta Pentadbiran secara Umum. Alamat: Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Tingkat 8, Grand Seasons Avenue, No. 72, Jalan Pahang, 53000 Kuala Lumpur |
Follow Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) on Facebook |
LocationMalaysiaMalaysia |